9 July
2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H (Selasa)
Pada
hari ini adalah hari penamat bagi bulan Syaaban iaitu bulan yang penuh dengan
keberkatan dan meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam
Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran
kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat tetapi
di bulan Ramadhan pula dijanjikan kelebihan malam LailatulQadar, solat tarawih
yang hanya ada dibulan Ramadhan, puasa di bulan Ramadhan iaitu Rukun Islam yang
keempat yang wajib dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia. Mengenai Solat
Tarawih, ada sedikit yang ingin saya kongsikan untuk tatapan pembaca setia saya
iaitu Fadhilat dan Kelebihan Solat Tarawih di bulan Ramadhan yang akan bermula
malam ini:
Malam Pertama
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang
beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy
menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan
solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa
mereka
Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana
pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur,
Injil dan Al-Quran
Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama pahala
orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan
Majidil Aqsa
Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama pahala
malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah
berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu dengan
Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman
Malam ke 8
Dikurniakan pahala sebagaimana
pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta diangkat
ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan
hidup di dunia dan akhirat
Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam keadaan
seperti ia baru dilahirkan
Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam
keadaan mukanya bercahaya
Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam
keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul
‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya
Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya
dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga
Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya pahala
sebanyak pahala para nabi-nabi
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atas mu dan ke atas kedua
ibubapa mu.”
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga Firdaus
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke
atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari
kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala dua
puluh tahun ibadat
Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala
empat puluh tahun ibadat
Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya kemudahan
melintasi titian sirat seperti kilat
Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya
seribu darjat diakhirat
Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala
seribu haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan
penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis
buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu
di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”
Disini ada sedikit pantun daripada
saya khusus untuk bulan puasa
Bermula 10 Jun berakhir 9 Julai
Itulah tanda Syaaban melabuhkan
tirai
Timbullah Ramadhan menghiasi 10
Julai
Perbanyakkanlah amalan agar
tertunai
Puasa mengajar kita erti kesabaran
Bukan sekadar menahan lapar dan
dahaga
Perbanyakkanlah amal ibadat di
bulan Ramadhan
Semoga tahun ini lebih baik dari
sebelumnya
Amalan paling mulia pada bulan RAMADHAN:
1 .Tunaikan Zakat
2. Solat Terawih
3. Malam Lailatul Qadar
4. Tilawah Al-quran / Qatam
Al-quran
5. Amalan-amalan sunat seperti
sedekah
Ini saya nak kongsikan NIAT PUASA RAMADHAN
Dan juga JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA bagi Negeri Johor 1434H/2013M bagi daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
Ini saya nak kongsikan NIAT PUASA RAMADHAN
Dan juga JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA bagi Negeri Johor 1434H/2013M bagi daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
No comments:
Post a Comment