Fans of Johor Football



Friday, July 12, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ Hari Ketiga

3 Ramadhan 1434H bersamaan 12 July 2013M

                Alhamdulillah hari ini hari pertama Jumaat pada bulan Ramadhan dan seperti biasa umat Islam di serata dunia menunaikan solat Jumaat yang wajib keatas umat Islam lelaki yang sudah baligh. Untuk catatan pada hari ketiga Ramadhan ingin aku kongsikan tentang solat jumaat aku pada hari ini. Aku pergi ke masjid agak lewat disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dihindari hehehe… Sampai sahaja aku ke masjid, aku duduk di saf paling belakang bukan kerana ruangan sudah penuh tetapi malu dan segan disebabkan datang lambat semasa imam sedang membaca khutbah pertama Jumaat. Emak selalu berpesan supaya datang awal dan solat sunat dekat masjid supaya dapat pahala lebih tetapi degil juga akhirnya. Hahahaha “anak sapo la ni”. Semasa mengaminkan doa yang dibaca oleh pak imam aku boleh pula berkhayal seketika sehingga kawan disebelah mencuit supaya aku menadah tangan tatkala sedang mengaminkan bacaan doa. “Haishh” tergamam seketika apalah agaknya yang bermain di benak fikiranku pada waktu tersebut. Apabila aku mengimbas kembali, aku tidak mengingati semula apa yang terlintas sewaktu itu mungkin berkhayal memikirkan jodoh barangkali. “Eh eh kesitu pulak ek” Hahahaha…

                Apabila pulang sahaja dari Masjid, aku terdengar “tung tang tung tang” di dapur justeru itu aku bergegas ke dapur akhirnya aku melihat emak sedang sibuk didapur untuk memasak makanan juadah berbuka pada hari ini. Ini dialog antara aku dan mak didapur.

Aku: “kenapa awal sangat masak mak?”
Mak: “eh kater engko tadi nak keluo, mak masak ler awal, ah engko nie”
Aku: “eh yeker? mcm nak makan tengah hari jer hahaha”
Mak: “eh boleh ape salahnyerr”

Aku: mampu ketawa terbahak-bahak sahaja.

                Hari ini kakakku yang “stay” atau tinggal di Melaka mahu pulang kerumah untuk berbuka puasa bersama-sama. Nama kakak aku itu Fuziah, pendek sahaja namanya atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Uteh (gelaran adik beradik orang Melayu). Maka terubatlah kerinduan untuk bertemu Iman Damia dan Qaisara iaitu anak buah aku. Hehehehe… Adik yang tinggal di asrama juga turut pulang hari ini.

                Setiap petang jumaat pastinya tertumpu ke arah Pasar Malam tetapi kalau ditempat aku iaitu di Johor tidak disebut pasar malam tetapi Pasar Lambak. Kenapa dipanggil Pasar Lambak? itu aku tidak dapat mengupas dengan lebih lanjut, mungkin disebabkan semua pengunjung melambakkan duit mereka disitu barangkali selepas mengumpulnya dengan membeli jenis barang yang pelbagai. Hahaha.. “just imagine from my instinct” Mak mengajak aku pergi pasar lambak untuk mencari kangkung disebabkan beliau teringin untuk makan sayur kangkung. Biasanya mak memasak dengan rasa yang sangat pedas dan begitu juga dengan aku. Semasa membeli kuih muih di pasar lambak tadi, mak menyelak bekas atau telap kuih penjual tersebut “satu per satu” untuk melihat pelbagai jenis kuih dan secara tidak sengaja terbuka bekas yang mempunyai duit penjual tersebut. Sungguh mencuit hati aku dan para pengunjung yang lain dengan reaksi mak aku itu yang secara tidak sengaja menyelak bekas duit yang disangka bekas yang berisi kuih. Penjual kuih tersebut bergelak “sakan” melihat situasi tersebut.


Inilah gambar kangkung yang dibeli tadi.


Yang ini pula PECHAL daripada kangkung hehehe…



Bercakap mengenai bulan puasa, pada 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2011 buat pertama kalinya aku bekerja dan menikmati gaji sendiri. Pada tahun itu aku bekerja sebagai “Promoter” jenama “Cheetah” di sebuah pasar raya di Bukit Gambir Johor. 7 bulan aku bekerja iaitu daripada bulan Februari sehinggalah bulan Ogos iaitu tamat pada sehari sebelum raya. Melalui pengamatan aku, waktu aku masuk bekerja sebagai “Promoter” adalah seminggu selepas Hari Raya Cina bulan Februari. Tawaran pengesahan tersebut ketika aku sedang bertugas di DUN Tenang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2011. Bertugas sebagai peraih undi di sana. Waktu aku berhenti bekerja sebagai “Promoter” adalah pada 29 Ogos 2011 dan pada 30 Ogos aku sudah tidak bekerja lagi. 30 ogos merupakan Hari Raya Aidilfitri yang Pertama dan 31 ogos merupakan Hari Kemerdekaan Negara dan juga hari Raya Aidilfitri yang kedua. Pada bulan puasa, aku diberi kebenaran bekerja setiap hari yang bermula jam 10 dan berakhir jam 7 malam. 1 jam rehat dan 8 jam bekerja. Hal ini adalah disebabkan aku inginkan solat Tarawih dilaksanakan setiap malam. Kelebihan aku ini dicemburui “Miss” Lim iaitu “softline Manager” di pasar raya tersebut dan beliau membantah keputusan “Supervisor” Kak Rozi dimana memberi kebenaran untuk aku pulang seawal jam 7 malam tidak seperti pekerja lain yang pada bulan puasa tidak dibenarkan sama sekali cuti mahupun pulang awal.

                Mereka bekerja daripada jam 10 pagi sehinggalah jam 10 malam. Hal ini disebabkan jualan sedang meningkat tatkala dibulan puasa menjelang aidilfitri nanti. Akhirnya Miss Lim tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan aku adalah pekerja dibawah kak Rozi. “Miss” Lim langsung tidak boleh mengganggu gugat aku. Hal ini mungkin disebabkan aku sudah bekerja lama dengan kak Rozi justeru itu aku diberi kelebihan tersebut akan tetapi pada waktu malam aku harus mencari pengganti “PART TIME” untuk menolong aku meningkatkan “sales”sebagai SYARAT. Akhirnya aku mendapat juga seorang “part time” berbangsa cina. Terima Kasih Kak Rozi disebabkan keperihatinannya pada aku, disebabkan itulah aku sentiasa melawat pasar raya tersebut kerana ingin berjumpa kak Rozi dan staf yang rapat dengan aku. Mudah-mudahan Kak Rozi sentiasa murah rezeki dan panjang umur. Amin…. Satu keajaiban berlaku iaitu di bulan Ogos, bulan penamat aku bekerja di pasar raya tersebut disebabkan aku mendapat tawaran sambung belajar ke UUM pada bulan September, jualan aku meningkat dengan mendadak berbanding bulan sebelumnya  iaitu bulan Julai dan ianya melepasi target “RM23K” kepada “RM25K”. Pada bulan itu aku mendapat bonus dan berseri-seri muka aku untuk meninggalkan pasaraya tersebut. Hehehehe…..

                Sekian sahaja untuk ruangan DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ pada hari ketiga ramadhan ini, semoga kesan langsung daripada pembacaan bukan ilmiah ini dapat memberikan sedikit sebanyak gelak ketawa kepada pembaca disamping memberikan sedikit tips dalam diari pada tahun keempat ini dan selamat berpuasa kepada pembaca setia saya. Semoga kita bertemu lagi esok dalam hari keempat Ramadhan didalam blog ini juga.
Salam. “Peace No war” !!! 

No comments:

Post a Comment