Fans of Johor Football



Saturday, July 13, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ Hari Keempat

4 Ramadhan 1434H bersamaan 13 July 2013M (Saturday)

                Aktiviti bersukan dibulan puasa merupakan satu cabaran bagi semua yang bergelar atlit. Lebih-lebih lagi atlit yang beragama Islam. Aku terfikir seketika bagaimana atlit hendak melakukan aktiviti seperti berenang di bulan puasa? Hal ini merujuk kepada atlit Sukan Universiade di KAZAN, (Russia). Aku melihat ada wakil melayu perempuan yang terlibat secara langsung dalam sukan renang di sana. Adakah perjalanan puasa beliau akan terganggu ataupun tidak. Aku tidak tahu akan hal itu dan aku berharap kepada mereka (orang Islam) yang terlibat dalam sukan didalam bulan puasa buatlah kerana Allah bagi menghormati bulan Ramadhan. Perkara aktiviti berenang sahaja yang mengelirukan aku tetapi sukan lain aku beranggapan ianya tidak membatalkan puasa. Hehehehe…

                “Trend” ataupun pola manusia pada hari ini adalah mengikut zaman. Ada mereka yang diluar sana memakan nasi dengan menggunakan sudu dan garpu dan ada juga yang menggunakan tangan iaitu mengikut sunnah nabi. Bagi aku lebih elok jika memakai tangan ketika makan kerana bukan sahaja sunnah nabi tetapi mendapat pahala disebabkan apa sahaja yang menggambarkan sunnah nabi jika diikuti oleh umatnya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Manakala bagi aku, memakan nasi dengan menggunakan tangan apabila berada dirumah dan jika berada di hotel aku menggunakan sudu dan garpu ketika makan dan apabila berada di “café” iaitu ketika memakan “chickenchop” aku menggunakan sudu dan garpu ditambah pula dengan menggunakan pisau untuk menghiris ayam tersebut. Bagi “penggemar” tomyam mereka perlu menggunakan sudu dan garpu untuk mengambil sup tomyam tersebut untuk dimakan jika menggunakan tangan ianya kurang sesuai untuk dimakan. Itulah maksud “trend” yang aku maksudkan. Sebelum ini aku teringat akan kawan-kawan yang menegur aku menggunakan sudu dan garpu ketika makan bersama mereka tetapi aku sudah terbiasa menggunakan sudu dan garpu ketika makan maka untuk mengubah gaya makan dengan menggunakan tangan akan mengambil masa sedikit apabila berada di “café” dan hotel. In sha Allah.

                Selepas pulang dari masjid pada hari semalam aku dikejutkan dengan seekor anjing yang menyergah aku ketika aku berjalan seorang diri untuk pulang kerumah. Kejadian ini berlaku didepan rumah aku sendiri dan aku berasa sangat terkejut ketika anjing itu mengeluarkan bunyi suara yang begitu garau di depan mataku. Kejadian ini bukan pertama kali berlaku kepadaku tetapi sudah berkali kali tetapi bukan dalam masa yang kerap. Mungkin anjing tersebut menyangka aku ini seorang perompak barangkali. Hahahaha… Aku berasa takut lalu aku memanggil mak yang ketika itu sudah berada dirumah selepas pulang dari masjid agar membuka lampu di anjung rumah. Anjing itu berwarna putih yang mempunyai badan yang besar tetapi kurus. Kekerapan anjing itu melalui hadapan dan belakang rumahku sentiasa terserempak dengan anggota keluargaku. Akan tetapi dengan keberadaan anjing yang selalu melalui kawasan rumahku itu membuatkan rumahku bebas daripada sebarang kes jenayah. Alhamdulillah semoga Allah sentiasa melindungi seluruh anggota keluargaku daripada musibah. Amin…

                Pagi ini aku terlepas sahur disebabkan salah faham antara aku dan ayahku. Untuk hari kedua dan ketiga Ramadhan, aku bersahur pada jam 1 hingga jam 2 pagi dan pada paginya aku hanya bangun untuk solat subuh sahaja tetapi pada hari ketiga Ramadhan aku tidak bangun pada pukul 1 hingga 2 pagi tetapi aku berniat untuk bangun sahur. Ayahku beranggapan aku sudah bangun pada tengah malam untuk bersahur maka ayah tidak mengejutkan aku untuk bangun bersahur pada jam 4.30 pagi. Ini semua dugaan aku pada hari ini kerana tidak bersahur dan aku berasa sangat kehausan pada hari ini kerana kekurangan air. Selalunya apabila bersahur, aku melebihkan air daripada makanan justeru itu tidak hairanlah jika aku kehausan pada hari keempat Ramadhan. Ada juga insan yang sangat mulia iaitu “RAHSIA” yang selalu mengejutkan aku pada waktu pagi kerana dia tahu aku insan yang susah bangun diawal pagi. Hampir setiap hari dia “menalifon” supaya aku terjaga daripada tidur dan bolehlah meneruskan niat untuk bersahur seawal jam 4.30pagi. Alhamdulillah… terima kasih kepada orang itu. Hehehehe….

                Petang tadi kakakku Noorhasikin pulang kerumah bersama suaminya untuk turut bersama-sama berbuka puasa di rumah. Sungguh meriah apabila adik beradik “berlonggok” bersama dan jika tidak, hanya aku dan mak sahaja yang berbuka puasa di rumah memandangkan ayah bekerja. Antara menu juadah “iftar” pada petang ini adalah seperti berikut:
Menu yang dibeli di BAZAR RAMADHAN:


Ayam Percik yang dipanggang….


Inilah tempat untuk ayam percik dipanggang……..


Ikan caru…


Ikan pari…


Dan nasi Ambang yang berharga RM4 setiap satu…


Ini pula cincau dicampur dengan air tahu juga dibeli di bazar


Menu yang dimasak sendiri oleh mak

Siput sedut yang telah dimasak Lemak Cili Api…. “Nyum3 sedapnyaaa”




Sotong masak sambal….


Sekian sahaja untuk ruangan pada hari keempat dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ semoga bertemu lagi esok dalam ruangan dan kisah yang menarik menanti anda serta menu yang pastinya menyentuh naluri untuk dimakan dan dibeli pada bulan puasa. Akan tetapi nafsu haruslah dikawal terlebih dahulu kerana MEMBAZIR itu amalan Syaitan…
Sekian… PEACE NO WAR !!! …








No comments:

Post a Comment