Fans of Johor Football



Wednesday, July 31, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-21

21 Ramadhan 1434H bersamaan 30 July 2013M (Tuesday)

Berlalulah sudah Ramadan sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

                “Eh eh suka plak dier dengan lagu nie ek”. “Sedapnyerr suara anda semua macam suara Anuar zain dan Elina plak ea”. Aku pasti anda semua pasti tersenyum lebar apabila menyanyikan lagu raya tersebut. Pernahkan anda mendengar judul lagu seperti di atas ini? Aku pasti anda semua pasti pernah mendengar lagu tersebut yang sangat popular ketika menjelangnya syawal. Mari kita teruskan lagi dengan lirik seterusnya.

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

                “Adoi korunk nie geli hati btol la aq tengok, penuh yakin dalam menyanyikan lagu”. “Itulah kecik-kecik dulu tak nak jadik penyanyi sekarang tengok suara anda sangat sedap.” Hehehehe.. Itulah lagu raya daripada Datuk Siti yang berjudul sesuci lebaran. Kalau anda semua mahu mendengar lebih banyak lagi lagu raya dengarkan sahaja di “entry” blog aku ini dengan bermacam-macam jenis lagu raya aku sajikan kepada anda semua akan tetapi hanya di bulan Ramadhan dan bulan Syawal sahaja kerana apabila di bulan-bulan lain aku akan memutarkan lagu yang terkini.

                Memang tidak dapat dinafikan dengan menjelangnya syawal pastinya anda semua akan membuka radio, mp3, mp4, “YouTube”, dan yang terbaharu “Keek” untuk mendengarkan koleksi lagu-lagu raya yang akan menambahkan lagi kerancakkan anda semua dalam usaha menyambut ketibaan syawal untuk mengunjungi sanak saudara di merata tempat, bermaaf-maafan antara satu sama yang lain dan mengunjungi makam arwah di kubur untuk membersihkan dan mendoakan si mati. Ada juga dalam kalangan anda semua mendengar lagu raya ketika membuat kuih raya, membeli belah di pasaraya, bekerja sambil mendengar radio dan ada juga di dalam kesemua jenis lagu raya pastinya terselit kenangan yang abadi dan memori tercipta yang bakal membuatkan anda semua sedih, gembira dan sebagainya. Lagu raya adalah sangat unik bagi semua orang dalam menyambut hari raya dan penuh dengan nostalgia hampir kesemua lagu yang didendangkan.

Cuba anda perhatikan lirik lagu ini :

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

                Lagu ini berjudul Bila Takbir Bergema nyanyian Allahyarham Datin Rafeah binti Buang dimana komposernya adalah Kassim Masdor dan lirik lagu ini telah ditulis sendiri oleh Allahyarham pada awal 1970-an iaitu dengan lebih tepat adalah pada tahun 1972 dan 1973 dan dirakamkan untuk menjadi tatapan penggemar lagu raya. Bagi aku, lagu ini sangat unik kerana pada zaman tersebut alat untuk memberitahu bahawa telah masuk bulan Syawal adalah dengan bunyi bedok. Aku tidak tahu akan hal itu dan dimana ianya diketuk sehingga berbunyi adalah menjadi tanda Tanya bagi aku. Mengikut pengamatan aku berkemungkinan di masjid barangkali ianya akan kedengaran seperti bunyi bedok di masjid ketika orang meninggal dunia pada zaman aku kecil. Pada zaman millennium ini, pengumuman hari raya puasa adalah dengan menggunakan televisyen dan radio kepada orang ramai.

                Semestinya pada zaman dahulu mereka tinggal dalam kelompok yang kecil dan tidak jauh antara satu sama yang lain, justeru itu suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan kanak-kanak berlari bermain bunga api dan bergegas memasak ketupat di pagi raya secara beramai-ramai kerana semuanya sudah berada di situ. Peristiwa itu akan membuatkan sesiapa sahaja mahu kembali kepada zaman dahulu berbanding sekarang. Hal ini kerana pada zaman ini anak-anak telah membesar dan berkerja di luar kawasan yang kadang-kala jauh daripada rumah ibu dan bapa mereka. Jika yang sudah berkahwin mereka akan pergi ke rumah mertua mereka dan tinggallah ibu dan bapa mereka di kampung dan jika pulang sekalipun sudah tidak menolong ibu dan bapa mereka memasak dan merebus ketupat bersama-sama tatkala menjelang raya iaitu pada petang dan malam raya. Suasana seperti ini sangat membuatkan sesiapa sahaja bersedih akan hal yang tidak dapat dielakkan itu.

                Dalam lagu itu juga menggambarkan peristiwa memasak ketupat di dapur yang dianyam sendiri tanpa menggunakan ketupat segera di pasaran. Ketupat yang asli adalah daripada daun kelapa yang dianyam dan dimasukkan beras oleh orang yang membuat itu sendiri. Juadah seperti rendang sangat popular dalam kalangan orang dahulu apabila tibanya raya. Justeru itu, rendang akan dimakan bersama ketupat dan akan dihidangkan kepada keluarga di pagi raya.

                Jelas sekali, aku sangat sukakan lagu raya pada era 1950-an seperti Selamat Hari Raya daripada Puan Sri Saloma, era 1960-an seperti Dendang Perantau daripada Tan Sri P. Ramlee, era 1970-an Seloka Hari Raya daripada pasangan duet terkenal ketika itu iaitu Uji Rashid dan Hail Amir, era 1980-an muncul pula Suatu Hari Raya daripada Datuk M. Nasir, era-1990-an dan keatas bermula daripada tahun itulah lagu raya seperti Halaman Asmara, Sesuci Lebaran, Pulanglah, Balik Kampung dan sebagainya telah hangat dirakamkan serta diperdengarkan di corong-corong radio. Namun lagu raya pada zaman sekarang entah apa apa banyak yang mengarut dan tidak kena akan selera pendengar dan penggemar lagu raya. Ramai yang berkehendak lagu raya pada zaman dahulu diperdengarkan semula seperti Sanisah Huri, Datuk Sharifah Aini, P.Ramlee, Sudirman, dan ramai lagi. Hal ini lagu lama telah memberi satu makna dan merupakan peristiwa yang pernah berlaku yang menggambarkan suasana hari raya yang sebenar bukan seperti penulis dan komposer lagu raya pada zaman ini yang menulis mengikut gaya masing-masing tanpa menghiraukan nostalgia dan melodinya. Lagu raya adalah tidak sama dengan lagu seperti Cinta Muka Buku, tidak sama seperti Terukir di Bintang dan tidak sama seperti Awan Nano yang hangat hanya sementara tetapi tidak begitu lama bertahan seperti lagu raya yang malar segar atau “evergreen”.

                Lupakan mengenai lagu raya, aku ingin pula memasuki perjalanan diari ramadhan aku pada hari ini. Hari ini aku telah merasakan yang aku perlu mendapatkan air Tebu kerana aku sangat mengidamkan air tebu pada hari ini. Aku tidak tahu mengapa aku sedemikian akan tetapi selepas mendapat air tebu yang sejuk pada waktu berbuka, aku merasakan kepuasan yang teramat sangat sehingga dalam solat Maghrib aku terhuyung hayang. Hahahaha…


Inilah air tebu yang dibeli di kedai berhampiran. “Nyum sedapnyerrrr”


                Sekian sahaja untuk ruangan pada hari ini semoga anda sedikit sebanyak mendapat pencerahan apa yang aku cuba sampaikan dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi di keesokan hari pastinya GOOGLE penaja utama aku enjin pencarian terbaik anda. Assalammualaikum kita jumpa lagi.
Salam… PEACE NO WAR !!! …

Tuesday, July 30, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-20

20 Ramadhan 1434H bersamaan 29 July 2013M (Monday)

                Alhamdulillah hari ini telah masuk hari yang ke 20 Ramadhan umat Islam berpuasa dan secara tidak langsung aku dapat merasakan masa berlalu dengan begitu pantas. Hari demi hari yang aku lalui di dalam bulan Ramadhan ini telah mengajak aku mulai insaf di atas perbuatan aku selama ini lebih-lebih lagi ketika aku menghidap demam pada hari semalam yang telah membataskan pergerakan aku. Ada benarnya orang bercakap ketika sakit kita akan lebih untuk mengingati Allah SWT berbanding jika kita sihat walafiat dan disebabkan itulah jika kita diberi sakit maka kita perlu bersyukur kerana sedang diuji oleh-Nya. Dengan kedatangan 10 malam terakhir ini maka kita digalakkan untuk menambahkan pahala kita dengan beribadat kepada Allah SWT dengan menghidupkannya dan 10 malam terakhir inilah akan datangnya Malam Lailatul Qadar dimana ianya disunatkan untuk semua umat Islam beribadat pada malam itu kerana Allah SWT telah memberi ganjaran yang sangat besar iaitu suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan sebagaimana firman Allah :

Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)

                Jika kita sentiasa ke masjid apabila tiba waktu untuk solat fardu dan tidak pernah meninggalkan solat fardu ditambah pula dengan amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan seperti solat tarawih, mengaji dan sebagainya akan tetapi jika kita sentiasa mengumpat orang, mengata dan menuduh orang tanpa bukti dan bersikap sombong seperti tidak menegur masyarakat lain di bulan Ramadhan ini mungkin kita tidak akan mendapat ganjaran tersebut dan menyebabkan amalan pada 10 malam terakhir tersebut akan menjadi sia-sia. Jadi aku ingin mengajak anda semua sentiasalah berbuat baik dan tidak berprasangka negatif terhadap seseorang individu itu mudah-mudahan kita akan mendapat keredaan dari-Nya. In sha Allah.

                Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa aku pada setiap hari selepas solat dan jika aku tidak berdoa hal ini bermakna aku telah meninggalkan solat fardu tersebut. Aku tahu ada segelintir masyarakat yang ingin membuatkan keluarga aku ditimpa musibah dan aku berani bercakap sedemikian kerana aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada keluarga aku ketika ini. Aku dapat merasakan ada masyarakat yang sedang berbincang mengenai tingkah laku dan keperibadian salah seorang anggota keluarga aku yang membuatkan mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diterima. Aku berharap agar orang tersebut dengan kadar segera dan serta merta menghentikan tindakan itu kerana aku tidak sanggup untuk berdepan dengan situasi seperti itu dengan berkumpulnya kamu beramai-ramai pada suatu malam kerana mahu mengetengahkan isu yang berbangkit. Selidiki masalah yang berbangkit dengan menguar-uarkan kepada orang lain yang tidak tahu menahu akan sesuatu masalah akan menyebabkan masalah tersebut semakin membiak dan boleh mempengaruhi orang lain untuk berfikiran negatif dan memandang serong terhadap seseorang masyarakat. Aku sangat tidak berpuas hati akan masalah ini “ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.


                Menu untuk aku berbuka petang tadi adalah salah satu ikan air tawar iaitu ikan Lais. Sudah lama aku tidak memakan ikan Lais ini dan apabila hari ini menjadi menu untuk berbuka, aku dapat merasakan kerangupan ikan ini setelah digoreng. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Ikan Lais itu maka aku akan tunjukkan secara langsung di blog ini. Hahahaha…


                Sekian sahaja untuk ruangan pada hari ini, jika aku ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara aku ingin memohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung jari kaki. Hal ini adalah kerana aku ingin melepaskan perasaan aku sahaja dan aku tidak berniat dan bermaksud untuk lebih daripada itu. Semoga kita berjumpa lagi di keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 dan pastinya penaja utama adalah GOOGLE enjin pencarian terbaik anda.
Salam.. PEACE NO WAR !!!

Sunday, July 28, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-19

19 Ramadhan 1434H bersamaan 28 July 2013M (Sunday)

                Hari ini aku berasa sangat penat dan letih setelah bangun daripada tidur. Aku telah terlepas untuk bersahur pada pagi tadi dan aku berasa mungkin tidak bersahur menjadi salah satu penyebab aku berasa letih dan penat. Selain itu juga aku berasa kerana aku telah meminum air batu yang sangat banyak seperti ais pada waktu berbuka sehingga aku berasa keletihan sepanjang hari ini. Aku beranggapan sedemikian akan tetapi pada sebelah petang, aku semakin keletihan seperti aku telah berbuat suatu perkerjaan yang sangat berat dan aku sentiasa berjalan di dalam rumah untuk menguatkan daya tahan akan tetapi seakan-akan ianya menyuruh aku untuk sentiasa berbaring. Aku berasa sangat tidak selesa dengan keadaan aku seperti itu dan tidak pernah mengalami situasi seperti itu di dalam tahun ini sepanjang berpuasa. Hal ini mungkin akan berlarutan jika aku tidak memakan juadah ketika berbuka namun setelah azan berkumandang, aku hanya mampu meminum air kosong dan memakan nasi goreng sahaja yang dibuat oleh kakak aku. Nasi goreng tersebut sangat menyelerakan kerana ianya sangat pedas. Justeru itu setelah memakan nasi goreng, aku berasa badan aku tidak dapat menerima makanan sehingga aku telah berasa sangat loya dan aku tidak memakan kesemua nasi goreng tersebut akan tetapi hanya menjamah sahaja.

                Aku baru sahaja berniat mahu ke masjid akan tetapi aku telah mengalami situasi yang membataskan pergerakan aku. Aku telah beranggapan bahawa aku telah mengalami demam dan akan tetapi badan aku tidaklah terlalu panas dan aku dapat merasakan ianya semakin keletihan. Selama ini jika aku demam dan selsema mahupun batuk badan aku tidak terlalu panas dan hal ini sentiasa terjadi. Jadi secara kesimpulannya aku telah mengalami demam sehingga membataskan untuk aku berfikir dengan cepat dan aku telah mengalami demam. Ketika berbuka tadi aku hanya berbuka berdua sahaja iaitu aku dan kakak aku Noorhasikin tanpa kelibat emak aku kerana emak telah pergi berbuka puasa di rumah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidden Yassin di rumahnya di Putrajaya kerana jemputan untuk berbuka puasa dimana pada setiap tahun akan dijemput.


                Hari ini aku tidak berniat untuk menulis secara panjang lebar seperti selalu kerana aku tidak larat untuk menaip dan aku mengalami sakit perut. Justeru itu pada hari ini aku ingin membuat ruangan secara ringkas. Pada hari ini keputusan peperiksaan bagi semester lepas telah keluar seawal jam 3 petang tadi namun aku tidak berkehendak untuk melihat keputusan tersebut kerana aku ingin melihatnya dalam keadaan aku sihat tidak seperti sekarang yang sedang demam. Keputusan aku dijangka akan dilihat apabila aku benar-benar bersedia untuk melihatnya. Hehehe...

Beginilah keadaan aku pada petang tadi akibat terlalu keletihan dan badan yang agak panas sehingga aku dianggap seperti budak kecil oleh kakak aku.


Inilah juadah berbuka puasa aku pada petang tadi.



                Sekian sahaja untuk ruangan pada hari ini kerana pergerakan aku yang terbatas aku telah menulis pada hari ini dengan begitu singkat dan semoga kita berjumpa lagi di keesokan harinya pastinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang telah menjadi penaja utama aku adalah GOOGLE enjin pencarian terbaik anda. Doakan kesihatan aku pulih sepenuhnya seperti sedia kala sebelum berbuka pada petang esok untuk memudahkan pergerakan aku.

Salam.. PEACE NO WAR !!!



Saturday, July 27, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-18

18 Ramadhan 1434H bersamaan 27 July 2013M (Saturday)

“Mentadak Mentadu macam mana (_____) tidur”?

                Adakah anda pernah menyanyikan lagu tersebut pada suatu ketika dahulu? Apabila hari ini aku telah melihat seekor Mentadak Mentadu yang hadir daripada pelusuk mana aku pun tidak mengetahui dan Mentadak Mentadu tersebut telah hinggap di langsir rumahku, aku terfikir ketika zaman aku kecil dahulu bersama kawan-kawan dan adik beradik sendiri menyanyikan lagu Mentadak Mentadu. Aku tidak mengetahui langsung bagaimana lagu tersebut boleh dicipta dan dinyanyikan khas untuk kanak-kanak. Mungkin lagu tersebut bertujuan untuk menjadikan modal untuk membuat lawak atau pun sekadar untuk mengenakan rakan yang lain. Setelah berkumpul beramai-ramai mereka akan menyanyi dan selepas menyanyi Mentadak Mentadu ada membuat gaya yang sangat mencuitkan hati sehingga orang lain terhibur dan bergelak ketawa tetapi kadang kala Mentadak Mentadu itu berdiam sahaja tanpa membuat pergerakan. Ironinya bagaimana kanak-kanak boleh mempercayai permainan tersebut kerana Mentadak Mentadu tidak akan mengintip sesiapa pun ketika mereka tidur. Justeru itu permainan ini telah membuatkan sesiapa sahaja akan terhibur tidak kira peringkat umur. Untuk hasil yang memuaskan aku tidak melepaskan peluang untuk membuat seorang diri ketika di rumah dan hasilnya adalah seperti berikut :


Sebelum aku menyanyi…


Selepas aku menyanyi “Mentadak Mentadu macam mana ( aku ) tidur”?


“Lahai macam ini aku tidur”? Hahahahaha…. “nakal ia, tolong jangan gelak boleh”? hahaha…

                Perkataan “TER” seringkali diungkapkan oleh orang ramai ketika melakukan sesuatu secara spontan namun makna perkataan “TER” di dalam bahasa Melayu adalah perbuatan yang tidak sengaja yang dilakukan oleh manusia. Ianya bukan sahaja bermaksud tidak sengaja namun ianya boleh juga bermaksud keupayaan, keadaan tersedia dan juga memberi makna paling. Untuk pengertian “keupayaan” ialah seperti perktaan tidak “terpikul”. Untuk pengertian keadaan tersedia pula ialah seperti “tersusun” dan bagi pengertian paling pula adalah seperti “terbaharu”, “tertinggi” dan sebagainya. Adakah anda pernah TERMAKAN ketika berpuasa di bulan Ramadhan? Jika anda pernah, itu adalah dinamakan REZEKI daripada Allah SWT. Aku sendiri pernah termakan ketika sedang berpuasa akan tetapi aku hanya meminum air dan memakan coklat sahaja. Hal itu terjadi ketika aku masih alam persekolahan iaitu di sekolah menengah selepas pulang daripada sekolah. Aku ingin mengalami keadaan yang sama pada masa dahulu akan tetapi ianya tidak pernah terjadi selepas aku berumur 18 tahun. Hahahaha…

Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah SWT.” ~ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

                Pada jam 9 malam tadi, adik aku Maisarah telah membuka saluran Astro Ria “if I'm not mistaken” dan sudah semestinya setiap hari Sabtu saluran tersebut akan menayangkan filem hebat dan pada hari ini filem tersebut adalah Filem “KL Gangster” yang diberi arahan oleh pengarah berbakat besar iaitu Syamsul Yusuf. Filem itu telah menjadi tumpuan Negara kerana telah berjaya mendapat hasil kutipan yang sangat memberansangkan iaitu kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia sebanyak kira-kira RM12juta dan telah memecahkan rekod bapanya Datuk Yusuf Haslam iaitu kira-kira RM6juta dalam filem Sembilu 2 iaitu pada ketika itu tiket dijual pada harga sekitar RM5 dan pada masa kini harga tiket dijual sekitar RM10 dan jika dibandingkan antara zaman bapanya dengan Syamsul lebih kurang sama dari segi kutipan filem. Namu bukan hal itu yang aku mahu ceritakan akan tetapi selepas adik aku membuka saluran tersebut, ayah aku sempat meluangkan masa untuk melihat cerita tersebut kerana mempunyai aksi yang cukup lasak dan mendebarkan. Justeru itu, ayah aku telah mengikut cerita tersebut sehinggalah tamat kerana ayah aku menyukai watak aksi bergaduh. Hal ini mungkin kerana ayah aku selalu melihat watak aksi  seperti saluran TV3 yang seringkali ditunggu pada setiap hari isnin iaitu “WWE” aksi bergusti. Selain watak aksi, ayah aku juga meminati filem Hindustan dan aku tidak tahu mengapa hal itu terjadi, mungkin watak aksi seperti bergaduh di dalam cerita tersebut barangkali. Hehehehe…

                Hari ini aku telah pergi ke bazar Ramadhan dan aku telah membeli nasi lemak kerana aku teringin untuk memakan nasi lemak. Hehehehe.. Inilah gambar nasi lemak tersebut. 


                Mak aku telah menyuruh aku untuk memarut buah kelapa sebanyak 2 biji untuk dibuat santan kelapa untuk dimasak “Bubur Kacang Hijau”. Justeru itu aku telah memarut kelapa tersebut dan untuk memerah santan kebiasaannya adalah mak aku sendiri yang melakukannya. Hehehehe…


Gambar diambil ketika bubur hampir habis. Hehehehe..


                Sekian sahaja untuk ruangan diari aku pada hari ini semoga kita berjumpa lagi di keesokan harinya pastinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang telah menjadi penaja utama aku iaitu GOOGLE dan selamat menunaikan ibadah puasa dan bersahur.
Salam.. PEACE NO WAR !!!




Friday, July 26, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-17

17 Ramadhan 1434H bersamaan 26 July 2013 (Friday)

                Pada malam semalam iaitu malam 17 Ramadhan merupakan peristiwa penurunan Al-Quran, kitab mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat yang akhirnya telah menjadi lengkap seperti mana pada hari ini ketika baginda beribadat di dalam Gua Hira. Peristiwa Nuzul Al-Quran ini sering disambut oleh penduduk Malaysia dengan Khatamal Al-Quran (Surah Lazim), Hafazan, dan ceramah agama. Terdapat juga negeri-negeri di Malaysia yang pada 17 Ramadhan dibuat cuti umum bagi negeri seperti Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. Bagi di negeri Johor adalah tidak cuti kerana Johor telah mengambil Awal Ramadhan sebagai cuti umum bagi negeri itu. Di tempat aku, ianya telah berlangsung pada hari ini iaitu 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadan 1434H di Masjid Jamek dengan telah menjemput kesemua kariah masjid untuk hadir ke majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa dan diselitkan dengan aktiviti pertandingan Hafazan Al-Quran dengan menjemput kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah untuk menyertai pertandingan tersebut. Aturcara majlis telah berlangsung seawal jam 3 petang dengan ketibaan semua jemputan dan pendaftaran kanak-kanak untuk pertandingan hafazan. Seronok mendengar telatah kanak-kanak ketika membuat hafazan dimana kadang kala suaranya sangat perlahan dan kadang kala agak pelat untuk mengaji dengan tertib sehingga kanak-kanak lain mentertawakan kanak-kanak yang sedang membaca. Ironinya aktiviti ini sangat digemari oleh aku kerana ianya dapat melatih kanak-kanak untuk menyukai Al-Quran secara tidak langsung.


Ini adalah sebahagian gambar yang sempat diambil ketika majlis berlangsung.





Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Belia Parlimen Pagoh 2013 dan Persatuan Belia Waja Kurnia Sakti.

                Pada hari ini aku mahu bercerita mengenai diri aku iaitu aku telah pergi ke pekan untuk membeli “top up” iaitu “prepaid” untuk memperbaharui kredit di dalam penggunaan telefon bimbit. Ketika di dalam perjalanan menuju ke pekan, aku telah terserempak dengan lori treler yang membawa muatan “getah beku” iaitu getah yang sudah kenyal tetapi lembap yang mengandungi air yang banyak di dalam muatan lori tersebut. Kebetulan aku menaiki motosikal untuk ke pekan berhampiran akan tetapi air getah tersebut telah terpercik di motor aku dan sebahagian kanan aku telah terkena air yang sangat busuk daripada lori tersebut. Lori tersebut tidaklah begitu laju akan tetapi disebabkan oleh angin air tersebut telah terpercik ke aku. Aku memang tidak berpuas hati kerana hal ini sering berlaku kepada aku lebih-lebih lagi ketika aku di bangku sekolah lagi iaitu ketika aku menuju ke sekolah menengah pada jam 6.30 pagi hampir setiap hari. Lori getah akan beroperasi pada masa itu kerana jalan raya pada waktu itu adalah sangat lengang dan hampir tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut seawal jam 6 pagi. Aku sememangnya tidak menjangka akan lori besar tersebut akan melalui jalan yang sama dengan masa yang sama dengan aku pada waktu pagi. Air yang terpercik pada aku petang tadi adalah sangat sedikit kerana baju aku tidak basah akan tetapi bau aroma air getah itu amat harum sehingga anda sudah tidak mahu untuk berbuka puasa. Hahahahaha…

Untuk juadah berbuka aku pada hari ini adalah seperti berikut:

Ayam Masak Merah Bonda


Sebelum itu ayam ini telah digoreng seperti gambar ini….


Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api… “Lemaknyerr”


Dan jika menu ini tiada, maka nafsu untuk makan agak sedikit kurang. Inilah “Sambal Belacan


Menu “desert” hari ini adalah Buah “Lai”


                Sekian sahaja untuk ruangan pada hari ini semoga kita berjumpa lagi di keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang pastinya hanya di bulan Ramadhan ini yang telah masuk tahun yang keempat berturut-turut semenjak 2010 dimana pada 3 tahun sebelum ini hanya menerusi ruangan “status” di Facebook akan tetapi pada tahun ini aku “upgrade” ke dalam blog aku ini. Terima kasih kepada penaja utama aku GOOGLE yang pastinya enjin pencarian terbaik anda.

Salam… PEACE NO WAR !!! …








Thursday, July 25, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-16

16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 July 2013M (Thursday)

Dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

                Tidak semua berita itu benar dan dengan mempercayai khabar angin tentang salah laku seorang MUSLIM tanpa usul periksa dapat membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan kerana kadang-kadang keadaan yang berlaku tidak sebagaimana yang didengar dan diungkap oleh orang lain. Justeru itu, sudah terang lagi bersuluh menuduh orang lain tanpa ada bukti yang kukuh merupakan suatu FITNAH.

                Hal ini aku tidak ingin mempersoal dan membahaskan tentang mana-mana individu kerana ianya adalah sulit dan tidak harus berlaku terhadap seorang MUSLIM. Hal ini kerana ianya akan merumitkan lagi keadaan dan akan menegangkan tali persaudaraan sesama Islam dan juga sesama masyarakat seperti pergaduhan, dendam, ketidakpuasan hati dan lain- lain. Aku berharap sesiapa yang terbaca luahan hati ini perlulah anda bertindak sebagai seorang yang bijaksana dan bukannya “bijaksini”. Kesahihan sumber berita yang dibahaskan perlulah daripada sumber yang sahih dan mempunyai asas dan bukti yang kukuh dan jika perkara ini dapat dipulihkan dengan kadar segera adalah lebih baik dan ianya dapat menjalinkan suasana yang tidak tegang berikutan tuduhan yang tidak berasas kepada tertuduh. Alhamdulillah berubah ke topik diari Ramadhan aku untuk hari ini.

                Pada masa ini adalah musim durian di tempat aku sehinggakan semasa di masjid ada kariah yang “besedawa” iaitu yang mempunyai bau durian. Jika mahu diikutkan, musim durian tidak seperti dahulu kerana pada zaman ini di Malaysia durian boleh berbuah tanpa musim misalannya di Kedah, Perak, Johor dan di negeri-negeri lain. Hal ini bermakna buah durian boleh dibeli dan didapati dimana-mana sepanjang tahun. Memperihalkan durian sebagai “Raja Buah” ianya tidak digemari oleh sesetengah orang kerana bau durian tersebut sangat kuat dan amat busuk. Jika penggemar durian yang menikmati durian, mereka tidak akan mempersoalkan mengenai bau durian tersebut dan mereka mendapati durian adalah sejenis makanan pencuci mulut dan rasanya amat sedap untuk dimakan oleh kesemua lapisan masyarakat.

                Bagi aku, durian adalah satu jenis buah yang sangat sedap sehinggakan pada suatu ketika dahulu aku digelar oleh keluarga aku “hantu durian” kerana apabila berkunjung ke kebun arwah atuk (belah mak), aku sentiasa mencari dan menunggu durian jatuh daripada pokok lalu “mengopek” iaitu membuka buah tersebut. Kebiasaannya aku memilih buah durian yang comel iaitu kecil dan sederhana kecil. Aku tidak menyukai durian yang besar kerana aku akan berasa “loya” ketika makan iaitu apabila sampai ke anak tekak. Justeru itu selagi boleh disumbat ke dalam perut, selagi itulah aku menunggu durian di pondok kebun yang berada di belakang rumah di cerun bukit.

                Namun pada umur aku sekarang, aku sudah tidak meminati buah durian kerana aku mula merasai satu kelainan yang sangat menjengkelkan apabila melihat buah durian dan aku akan cuba mengelak daripada mendekati orang yang sedang memakan durian kerana aku tidak dapat menahan baunya yang sangat busuk. Kadang-kala aku terfikir sejenak mengapakah aku sudah tidak menyukai durian yang pada dahulunya telah menjadi makanan kegemaran aku dan aku tidak dapat menyatakan mengapa aku menjadi sedemikian rupa. Justeru itu timbul persoalan diamana orang ramai yang beranggapan iaitu sesiapa yang tidak memakan durian adalah orang yang sangat-sangat rugi akan tetapi aku tidak terasa ralat mahupun rugi jika tidak memakan durian sekarang.

                Dalam anggota adik beradik aku ada salah seorang yang daripada kecil tidak memakan buah durian iaitu Fuziah (ogy) iaitu anak keempat didalam keluarga dan selepas ini aku akan menjadi “geng” bersama kakak aku untuk tidak memakan buah durian. Hehehehe…. Sebenarnya pernah suatu ketika dahulu berlaku peristiwa dimana pelancong asing melawat Malaysia dan telah mengambil bahagian di dalam satu pertandingan memakan durian sempena Pesta Durian di Tapak Sungai Nibong Pulau Pinang namun sejurus dihidangkan dengan raja buah itu maka mereka bertempiaran lari apabila terhidu bau durian tersebut dan enggan merasai terlebih dahulu buah durian tersebut. Pelancong asing itu berasal daripada United Kingdom, New Zealand dan beberapa lagi buah Negara. Peristiwa itu berlaku pada tarikh 17 Jun 2007 dan hal ini sangat melucukan bagi aku dan aku juga merasai seperti mereka. Hehehehe…

                Sekian sahaja untuk hari ini semoga anda semua sentiasa berpuasa penuh dan sentiasa berbuat baik kepada orang lain kerana ganjaran berbuat baik dan bersangka baik kepada orang lain adalah sangat dititik beratkan oleh Islam. Semoga kita berjumpa lagi di keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang pastinya penaja utama aku adalah GOOGLE dan selamat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan.


Salam… PEACE NO WAR !!! …

Wednesday, July 24, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-15

15 Ramadhan 1434H bersamaan 24 July 2013M (Wednesday)

                Pada hari ini aku telah diajak oleh ibu dan bapa aku untuk pergi melawat besan mereka di Melaka pada tengah hari dalam lingkungan 12.00 tengah hari. Besan kepada orang tua aku telah dimasukkan ke Hospital Jasin kerana sakit tua iaitu si suami. Sebelum itu aku telah dikejutkan oleh ayah aku kerana pada masa itu aku belum bangun tidur. Apa yang membuatkan aku tergelak untuk hari ini didalam kereta adalah kami berempat iaitu aku, kakak, ayah dan mak telah tersilap pergi ke hospital dimana tempat ayah mertua kakakku dimasukkan ke hospital. Sebelum ini kakak aku ada menghubungi mak aku mengenai ayah mertua beliau yang telah dimasukkan ke hospital namun kakak aku tersilap memberitahu info bahawa ayah mertua beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka namun yang sebenarnya adalah Hospital Jasin maka kami pada tengah hari tadi bergegas ke Hospital Melaka dan tiba di hospital tersebut pada jam 1.45 petang.

                Kami tiba di Hospital Melaka pada jangka masa yang tepat adalah kerana aku menggunakan “Global Positioning System” (GPS) iaitu alat untuk mengesan jalan yang betul ketika dalam perjalanan dan ianya juga sangat berguna untuk mengesan ‘speed trap” yang berleluasa di jalan lebuh raya “Highway” ketika ini. Jika kami tidak menggunakan GPS tersebut maka kami akan tersesat barangkali dan akan terkena saman oleh kamera yang dipasang di laluan lebu raya. Ayah aku pernah terkena saman “speed trap” kerana membawa laju di “highway” dan untuk langkah keselamatan aku telah menggunakan GPS semasa pemanduan.

                Sejurus tiba di hospital itu kami “turun naik” tangga kerana mengatakan langkah kami adalah betul kepada jururawat yang kebetulan lalu di situ. Apabila aku bertanya kepada jururawat di Hospital Melaka itu dimanakah Wad B2 maka jururawat tersebut mengatakan bahawa di dalam kawasan Hospital ini rawatan untuk wad B2 tiada pesakit diletakkan disitu akan tetapi jika Wad Aras 2 iaitu di Blok baru telah ada pesakit ditempatkan. Kami berasa sangat pelik dan bingung kerana kami diberitahu oleh anak lelaki besan orang tua aku bahawa ayah beliau ditempatkan di situ. Selepas beberapa kali berbalas telefon antara anak lelaki beliau dan jururawat maka persoalan terjawab juga akhirnya yang kami telah tersalah Hospital.


Ini adalah gambar Jururawat tersebut yang aku telah terambil gambar mereka. Hehehe….


Yang ini lupa adalah pemandangan daripada aras 6 tempat letak kereta awam di hospital tersebut.




                Selepas itu kami terus bertolak ke rumah kakak yang terletak di Jasin yang berdekatan dengan Hospital Jasin iaitu tempat yang sebenarnya bapa suami kakak aku itu dimasukkan. Kami singgah di rumah kakak dahulu disebabkan waktu melawat sudah tamat pada jam 2 petang namun waktu melawat akan bersambung semula selepas jam 5 petang. Kami berempat berehat di rumah kakak setelah penat mencari lokasi wad tempat pesakit dimasukkan di Hospital Melaka. Pada jam 5.10 petang kami bertolak ke Hospital Jasin dan tidak sampai 10 minit kami sampai di Hospital tersebut.Kami telah meninjau bapa suami kakak aku tadi selama lebih kurang 1 jam dan kami beransur pulang meninggalkan pesakit tersebut. Kakak aku ada mengajak untuk berbuka di rumah beliau akan tetapi mak aku menolak permintaan itu disebabkan kakak aku yang bersama kami daripada rumah telah berjanji dengan suami beliau untuk berbuka puasa di Muar. Akan tetapi apabila kami sampai sahaja di Muar waktu berbuka hampir tiba dan kami telah berbuka di salah sebuah warung di Bukit Gambir iaitu untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku berbuka puasa di warung kerana kebiasaannya aku berbuka di rumah.

Ini adalah lauk aku ketika berbuka puasa. Alhamdulillah kenyang… Hehehehe…


                Semasa dalam perjalanan menuju ke Hospital Melaka, aku dapat melihat dan menyaksikan anggota polis membuat sekatan jalan raya di laluan bertentangan dengan laluan aku. Aku melihat ramai yang telah menerima saman trafik di atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan aku selalu beringat apabila memasuki pusat Bandar atau pekan besar aku sentiasa memakai tali pinggang kaledar dan tidak bercakap di dalam telefon ketika memandu kerana itu adalah salah satu kesalahan lalulintas yang boleh di kompaun. Sebelum ini aku pernah terkena saman kerana telah parkir di garisan kuning kerana mahu pergi ke kedai jualan yang terdapat berhampiran tempat parkir tersebut. Hanya dalam masa 10 minit meletakkan kereta di garisan kuning, aku telah terkena saman oleh polis trafik. TIPS untuk hari ini adalah anda perlulah selalu mematuhi segala lalulintas jalan raya untuk tidak berlakunya saman ke atas kamu oleh Polis mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjelang musim perayaan atau hari- hari biasa. Daripada tinjauan aku pada hari ini, aku telah 4 kali berselisih dengan polis yang membuat rondaan maka hati-hatilah anda di luar sana.

                Pada malam ini iaitu malam ke 16 Ramadhan maka telah bermulanya solat tarawih yang pada penghujungnya iaitu di dalam solat witir yang ketiga diakhiri dengan doa Qunut. Doa Qunut yang dibuat di dalam solat sunat witir ini disunatkan untuk membacanya kerana Nabi Muhammad SAW telah membuatnya ketika mengerjakan solat tarawih dan diakhiri oleh solat sunat witir.

                Sekian sahaja untuk ruangan pada hari ini semoga kita berjumpa lagi di keesokan harinya hanya menerusi DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang pastinya penaja utama aku adalah GOOGLE iaitu enjin perncarian maklumat terbaik anda. Selamat berpuasa kepada anda semua dan selamat menunaikan solat sunat Tarawih yang hanya terdapat di dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah.

Salam… PEACE NO WAR !!!... 





Tuesday, July 23, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-14

14 Ramadhan 1434H bersamaan 23 July 2013M (Tuesday)

                Hari ini mak aku membuat kerepek pisang dengan menggunakan pisang tanduk yang masih kehijauan iaitu masih muda sebagai ramuan utama dalam pembikinan kerepek pisang. Hal ini bukan bermakna pisang yang lain tidak boleh digunakan untuk membuat kerepek pisang akan tetapi mak aku sudah terbiasa dengan menggunakan pisang tanduk. Sebenarnya aku  tidak mengenali jenis-jenis pisang tetapi bagi pisang tanduk aku sangat mengenalinya kerana selalu dibuat kerepek ketika raya. Antara jenis-jenis pisang yang seringkali aku dengar iaitu pisang tanduk, pisang berangan, pisang nipah, dan pisang awak. Itu sahaja yang aku dengar daripada orang yang menerangkan tentang jenis-jenis pisang dan mungkin ada banyak lagi nama pisang yang aku tidak ketahui. Bercakap mengenai kerepek pisang, itu adalah salah satu kegemaran aku ketika berkunjung ke rumah saudara, rumah kawan-kawan dan rumah jiran-jiran ketika marhaban. Kerepek pisang merupakan salah satu kuih raya yang sering dihidangkan oleh orang Melayu kerana kerepek pisang mudah dibuat dan merupakan kuih tradisional masyarakat dahulu dan sangat diminati oleh orang ramai.

                Mak aku sudah membuat 2 telap yang penuh berisi dengan kerepek pisang. Selepas ini aku rasa mak aku ingin membuat “tempeyek” pula dimana ianya merupakan salah satu kuih raya. Hal ini kerana aku telah melihat mak aku mengambil senarai resepi daripada rakannya untuk membuat kuih tempeyek dan ini bukan bermakna mak aku tidak tahu membuat tempeyek akan tetapi ingin mendapatkan resepi tempeyek yang mempunyai rasa yang berlainan iaitu berasa pedas sedikit berbanding tempeyek yang “original”.


Ini adalah kerepek pisang yang dibuat oleh mak pada tengah hari tadi…


                Ini adalah bentuk yang seringkali mak aku bentuk ketika membuat kerepek pisang dan ada juga yang membuat berbentuk memanjang tidak bulat seperti gambar diatas. Hal ini adalah mengikut kegemaran dan kreativiti pembuat kerepek pisang itu sendiri mengikut bentuk yang diingini oleh selera masing-masing.

                Semasa berbuka pada petang tadi tepat jam 7.24 petang, waktu berbuka aku ditemani oleh mak dan ayah aku. Ini adalah lauk yang kami bertiga berbuka pada petang tadi. Hehehe..


                Antara yang kami makan ketika berbuka tadi adalah telur goreng berada di bawah timun, kupang digoreng masak sayur, ayam masak lemak cili api dan pastinya keladi digoreng sebagai menu tambahan. Hehehe.. Aku sangat menyukai keladi dan keledek yang digoreng tepung kerana rasanya yang sangat sedap.

                Selepas berbuka aku telah berkunjung ke masjid dan aku berasa ada sesuatu yang aku perlu ceritakan dalam diari aku ini. Hampir setiap kali apabila aku berdekatan dengan orang Nepal, Bangladesh atau pun yang sama waktu dengannya, aku terhidu bau yang sangat tidak aku gemari daripada orang tersebut. Bau mereka sangat kuat dan busuk yang boleh mengganggu solat aku jika bersebelahan dengan mereka. Aku adalah orang yang sangat sensitif terhadap bau-bauan kecuali ketika selsema. Tidak kira dimana mereka berada iaitu di masjid, pusat beli belah, pasaraya mahu pun di perhentian bas mereka seperti mempunyai bau yang sama mungkin minyak yang mereka gunakan atau bau keturunan mereka dan hal ini adalah tidak enak untuk didekati oleh aku. Aku bukan mahu mengata mereka di bulan puasa ini tetapi aku memang tidak boleh menahan hidung aku apabila berdekatan dengan mereka. Hal ini menyebabkan solat aku terganggu dan akibat daripada itu aku berpura-pura mengambil air sembahyang dengan keluar daripada masjid ketika solat Tarawih sedang berlangsung dan apabila masuk semula ke masjid aku telah menukar posisi daripada bersebelahan dengan orang tadi. Aku jenis manusia yang “allergic” terhadap bau yang kurang menyenangkan. Mereka telah berkunjung ke masjid di tempat aku bersama-sama orang Tabligh yang aku ceritakan semalam dan mungkin mereka adalah rakan orang Tabligh tersebut barangkali.

                Ketika pulang daripada masjid, aku terlihat satu ciptaan Allah SWT iaitu bulan yang mempunyai cahaya yang sangat terang pada malam ini. Hal ini berlaku kerana bulan akan mengalami satu fenomena mengikut kiraan pertengahan bulan Islam dimana pada tarikh 14 dan 15 iaitu setiap bulan akan mengalami fenomena bulan yang sangat terang pada waktu malam dan berkemungkinan berlakunya bulan mengambang. Dahulu ada lagu tradisional Melayu yang popular di Johor menerusi GHAZAL oleh orang-orang tua yang membuat lagu “Bulan Mengambang Pak Ngah Lah yang Balik” hasil ciptaan Haji Musa bin Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak. Beliau merupakan composer muzik pada era 1923 sehingga 1924 ketika beliau berkhidmat di Mersing. Jika anda semua mahu mengimbau kembali lagu “Pak Ngah Balik” dan tidak mengetahui apa itu Ghazal untuk itu saya syorkan anda untuk berkunjung ke laman “You Tube” bagi mendengar kembali lagu ghazal Pak Ngah Balik. Hehehe.. 


Ini adalah gambar bulan pada malam ini….


                Apabila kita melihat bulan kelihatan amat dekat dengan kita akan tetapi ianya berjuta kilometer di atas sana. Justeru itu hasil gambaran bulan di dalam gambar ini adalah tidak terlalu jelas oleh kamera telefon aku yang diambil selepas pulang daripada masjid. Sebelum terlupa selepas pulang daripada masjid aku sangat ternanti-nanti akan kek yang dibawa oleh kakak aku pulang ke rumah semalam yang tidak habis lagi lalu aku membaham kek tersebut sehingga meninggalkan bekas sahaja.Hehehehe

Inilah kek tersebut…



                Sekian sahaja untuk hari ini semoga berjumpa lagi di keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang pastinya penaja utama aku dalam pembikinan blog aku ini adalah GOOGLE enjin pencarian terbaik anda.

Salam… PEACE NO WAR !!! …




Monday, July 22, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari ke-13

13 Ramadhan 1434H bersamaan 22 July 2013M (Monday)

                Buat pertama kalinya aku tidak meneruskan niat untuk tidur selepas Solat Subuh untuk hari ini kerana aku ingin mengelakkan keletihan yang teramat sangat di siang hari dan untuk itu hari ini adalah ujian aku sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Seperti biasa selepas Subuh aku akan terlelap sehinggalah jarum jam menunjukkan lingkungan ke angka 12 hingga jam 1 dan pada masa itu aku akan terjaga dari tidur yang sangat lama iaitu masa untuk aku bangun semula bagi meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai. Di sebelah malam, hampir pada setiap hari aku berjaga sehingga lewat pagi iaitu antara jam 1 atau 2 pagi dan kekerapan untuk malayari laman sesawang dan menonton televisyen (TV) adalah sangat tinggi. Jika cerita itu telah menarik perhatian aku untuk menonton maka aku akan berjaga sehingga lewat malam dan kesanggupan aku untuk melayari laman sesawang juga adalah kerana aku ingin mengetahui info semasa dan berita terkini supaya aku sentiasa mendapat maklumat mengenai sesuatu perkara atau isu yang berlaku di Malaysia mahupun global.

                Justeru itu aku bangun seawal 5 pagi waktu Malaysia untuk menikmati sahur bersama kakak aku Noorhasikin. Kami hanya memanaskan lauk berbuka semalam yang masih boleh dimakan selepas disimpan didalam peti sejuk. Selepas jam 7 pagi aku tidak terus tidur sehinggalah pada waktu petang kerana berasa mengantuk iaitu selepas jam 3 petang sehinggalah jam 6 petang. Aku berasa sangat puas hari ini kerana badan aku tidak letih seperti aku bangun seperti sebelum ini. “TIPS” untuk anda pada hari ini adalah jangan tidur terlalu lama !!! Hal ini kerana tidur yang banyak menyebabkan kita berasa letih ketika berpuasa. Ada yang beranggapan bahawa dengan melakukan aktiviti tidur di bulan Ramadhan boleh mendapat pahala kerana tidur adalah suatu ibadah akan tetapi tidur yang dimaksudkan adalah secara tidak berlebihan.

                Pada sebelah pagi aku membasuh baju kerana sudah terlalu banyak baju yang kotor dan untuk itu aku berasa amat tidak berpuas hati kepada segelintir jiran yang membakar sampah (memeron) ketika tengah hari dimana baju aku telah berbau asap. Hal ini sangat mendukacitakan aku kerana baju yang dibasuh adalah telah berbau wangi kerana aku menggunakan pelembut baju seperti “Softlan” jenis “Lavender” sewaktu dibasuh akan tetapi selepas aktiviti “memeron” tersebut baju yang telah disidai seawal pagi telah berbau asap seperti ayam yang disalai di atas bara api. Selepas aku terlihat asap yang “berkepul-kepul” melingkari perkarangan rumah, aku menyegerakan tindakan aku dengan membawa masuk baju yang telah dibasuh ke dalam rumah bagi mengelakkan lebih banyak bau asap terkena pada baju yang telah aku basuh. “TIPS” untuk hari ini adalah jangan sesekali “memeron” sampah ketika jiran sedang menjemur pakaian untuk dikeringkan selepas dibasuh. PENGAJARAN bagi aku, Jangan sesekali memarahi jiran kerana aku juga sering berbuat demikian. (Memeron sewaktu tengah hari ketika ramai orang ingin membasuh baju ataupun berehat). Hehehehehehe….. “padan muka kamu Hafizam” hahahahaha…


Inilah baju yang aku basuh pada pagi tadi…



Dan setelah dilipat inilah hasilnya…


                Pada petang semalam aku telah mengunjungi warung emak kawan aku untuk membeli mi goreng yang dimasak oleh emak kawan aku itu sendiri. Kakak aku Shamsiah teringin untuk merasai masakan emak beliau kerana pernah suatu ketika dahulu kakak aku pernah merasai masakan mi goreng tersebut dan untuk itu kami singgah di warung emak beliau dan memesan mi goreng sebanyak 2 bungkus untuk dimakan ketika berbuka puasa. Semasa menunggu untuk pesanan itu siap, aku dan kak ngah mengambil peluang untuk berbual bersama emak beliau. Emak beliau bernama Puan Azizah. Puan Azizah sangat mengenali aku kerana aku adalah kawan baik anak beliau ketika di sekolah menengah di tingkatan 6. Semasa berbual ada sedikit perbualan kami yang telah mencuit hati aku untuk bergelak ketawa. Ini adalah dialog aku dengan emak kawan aku itu.


Aku: “Cik nak beli mi goreng untuk 2 orang eh”. “Hmm bungkus tau cik”. Hehe
Puan Azizah: mengangguk sambil tersenyum (daripada dapur tidak terlalu jelas melihat aku)
Aku: “Cik kenal lagi tak saya”?
Puan Azizah: mengerutkan dahi.. “Eh ko anak orang Kurnia Sakti tue eh”?
Aku: “ha’ah cik anak md din Hehe”
Puan Azizah: “owhhh ape tak kenalnyerr, cik kenal” “dulu putih sakarang dah itam, banyak main panas ko ni”
Aku: dalam hati “aik itam dah ke aku ni” selepas itu aku ketawa dengan kakak aku “hahahaha”


                Pada sebelah malam ketika aku datang ke masjid pada hari ini aku melihat ramai orang dakwah (Orang Tabligh) datang untuk menginap di masjid tempat aku untuk beberapa hari barangkali selepas aku melihat beg berisi pakaian yang ditutup di bahagian belakang masjid. Aku ingin berterus terang khas di blog aku ini iaitu aku menyukai orang yang berdakwah akan tetapi aku tidak menyukai jika mereka berkampung di masjid atau dimana-mana sahaja sehingga meninggalkan anak bini selama beberapa ketika, berhari mahupun berbulan-bulan. Untuk berdakwah mempunyai pelbagai cara akan tetapi kelaziman orang-orang dakwah yang berkunjung ke masjid di tempat aku adalah mereka seringkali berbuat demikian. Aku juga ingin berterus terang di dalam blog aku ini bahawa aku tidak menyukai orang dakwah iaitu orang “Tabligh” yang tidak mahu turut serta dalam ceramah anjuran kita malah ketika mereka berceramah mereka berkehendak akan kita sama-sama turut serta dalam program mereka. Hal ini tidak adil dan tidak bijak dalam mengenalpasti citarasa orang ramai. Aku bercakap bukan sahaja di tempat aku sendiri tetapi di pelbagai tempat hasil tinjauan aku dengan berkongsi pendapat bersama kawan aku di tempat lain tentang orang dakwah ini. Aku bukan ingin memburuk-burukkan imej dakwah orang “tabligh” ini akan tetapi ianya merupakan tindakan yang tidak sesuai dengan imej yang alim.

Ini adalah gambaran imej orang Tabligh (Maaf gambar kurang jelas)…


                Sekian sahaja untuk hari ini semoga kita berjumpa lagi pastinya pada setiap hari di bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan kesucian dan dimana hanya terdapatnya amalan wajib berpuasa ke atas umat Islam di serata dunia. Semoga berjumpa di keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang pastinya penaja utama adalah GOOGLE enjin pencarian terbaik anda. Hehehehe….

Salam.. PEACE NO WAR !!!..



Sunday, July 21, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari Ke-12

12 Ramadhan 1434H bersamaan 21 July 2013M

                Hari ini aku sempat meninjau Bazar Ramadhan untuk kali yang keenam barangkali untuk membeli juadah berbuka puasa. Waktu berbuka puasa di daerah Muar adalah 7.24 minit malam dan waktu Imsak adalah 5.37 pagi. Semasa aku sedang meninjau juadah yang ada di Pasar Tani di situ telah membuka Lagu Raya seawal pada hari ini dan aku berasa sangat pelik oleh kerana hari ini baru sahaja 12 Ramadan dan belum lagi memasuki 15 Ramadhan. Secara kebiasaanya lagu Raya akan berkumandang selepas 15 Ramadhan dan jika diputarkan oleh Radio Malaysia ianya akan memutarkan tidak secara kerap dan hal ini tidak dipasar tani itu. Setiap masa diputarkan lagu Raya tersebut dan aku berasa sangat seronok kerana aura untuk membeli juadah tersebut datang sebagai simbolik kita berpuasa dan akan diakhiri dengan Raya di pagi Syawal nanti. Lagu raya mengingatkan kita akan insan-insan yang kita sayangi yang telah meninggalkan kita dan mempunyai nostalgia yang tersendiri. Cuba anda bayangkan jika kita beraya tanpa berkumandangnya lagu raya mungkin tidak mempunyai keistiwemewaan ketika beraya bukan? Sebenarnya bukan hal raya yang aku ingin bercerita pada hari ini kerana Ramadhan belum memasuki hari ke 15 Ramadhan.

                Semasa dalam perjalanan menuju ke bazar, aku mendengar Radio “Hot FM” yang secara kebetulan ada diperdengarkan semula celoteh Fara Fauzana dan Faizal Ismail dalam “Hot FM AM KREW” iaitu topik mengenai puasa mendapat duit daripada ibu bapa. Ada seorang pemanggil yang telah menghubungi Fafau dan FBI yang menyatakan beliau telah diberi upah oleh ayah beliau sehari berpuasa mendapat RM10 ketika pemanggil tersebut masih kecil. Aku berasa sangat terkejut mendengar apa yang dimaklumkan oleh pemanggil tersebut dan ianya adalah betul dan jika dihitung sehari RM10 dan jika sebulan berpuasa maka setelah dikumpul akan menjadi RM300 dalam sebulan. Pemanggil tersebut menambah lagi iaitu duit sehari RM10 itu belum lagi ditambah apabila menunaikan solat Tarawih pada waktu malam. Perkara ini sangat menggembirakan pemanggil tersebut dan telah menjadi satu fenomena berpuasa kerana duit bukan kerana Allah SWT dan bukan kerana mengejar pahala di bulan Ramadhan. Mungkin ibu bapa sudah terlalu kaya dan sanggup bermewah mewah demi seorang anak dan sanggup memberikan apa sahaja yang anak mereka mahukan sehingga niat anak mereka untuk berpuasa beralih dari segi nawaitu iaitu hanya mengejar duit. Bagi aku untuk melatih anak kita berpuasa penuh bukan dengan memberikan ganjaran duit walaupun kita seorang yang kaya-raya akan tetapi dengan menyediakan masakan kegemaran anak kita untuk berbuka dan bersahur selain itu dengan memberikan pujian kepada anak kita. Namun teknik mengajar anak berpuasa terpulang kepada cara ibu dan bapa itu sendiri.

                Selepas kesemua kakak aku pulang ke rumah masing-masing selepas berbuka puasa beramai-ramai tadi maka rumah aku kembali sunyi seperti sedia kala tanpa anak buah dengan celoteh masing-masing. Mungkin saat itu akan kembali semula apabila menjelang 1 Syawal nanti. Aku sangat menyukai karenah anak-anak buah aku yang mahu masuk ke 10 ini yang mepunyai karaktor masing-masing akan tetapi kadang-kadang berasa geram pula disebabkan suka menyepahkan rumah dengan bermacam-macam barang permainan dan makanan. Bagi aku selepas berfikir panjang tidak mengapalah anak buah aku semua masing-masing belum lagi sebesar pak ciknya justeru itu aku berbuat tidak tahu sahaja apabila mereka menyepah dan mengembur barang dan pekakas di rumah. Perangai aku yang tidak menyukai kekotoran dan seorang yang pembersih menyebabkan aku berasa kurang selesa apabila rumah dalam keadaan yang bersepah, “tunggang-langgang” dan “tongkang pecah” seperti mahu kiamat. Hahahahaha.....

Menu untuk juadah berbuka pada hari ini adalah Kupang.



Kuih “Keladi”


                Juadah ketika berbuka puasa tadi cukup banyak seperti Murtabak JUMBO 2 Keping, Ikan kembung masak Asam Pedas, Ikan Pari Sambal (seperti gambar dalam diari sebelum ini), dan kuih muih sama seperti semalam. Bagi menu air pula adalah seperti Asam Boi, Air Kelapa (Fresh dari pokok di rumah), Air Ribena “Class kau Jah”, Air Soya + Cincau (seperti gambar sebelum ini) dan air Najwa Latif “Kosong-kosong” tentunya air kosong. hehehehe… Bercakap mengenai artis yang berasal dari Batu Pahat itu semestinya telah mencuit hati aku untuk memberi sedikit komen akan beliau ketika sesi memasak dalam Rancangan Masakan No 1 di Malaysia yang lain tidak bukan adalah “Ketuk-ketuk Ramadan” di TV1 tengah hari tadi. Najwa ketika ditanya oleh Sheila Rusly tentang bahan-bahan masakan yang ingin dimasak oleh Sheila Rusly seperti Serai dan Santan Kelapa, ada yang Najwa Latif tidak mengenali akan bahan tersebut mungkin kerana beliau kurang arif dalam memasak tetapi Najwa cuba untuk meneka serai dan santan tersebut tetapi tidak berjaya juga. Kepada Najwa rajin-rajin lah untuk memasak kerana dengan hanya memasak sahaja boleh menawan hati si suami dan In sha Allah boleh mengekalkan hubungan suami isteri. Hehehehe…

                Sekian sahaja untuk hari ini semoga anda semua terhibur dan menyukai akan penulisan aku pada hari ini dan sentiasa mahu berkunjung di dalam blog aku ini pada setiap hari. Semoga berjumpa lagi kita pada keesokan hari tentunya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 serta bagi menyerikan lagi pembacaan bukan ilmiah anda di sini. Terima kasih kepada rangkaian yang telah menjadi penaja utama aku tentunya GOOGLE enjin pencarian anda yang terbaik.

Salam.. PEACE NO WAR !!! ….