Fans of Johor Football



Monday, July 15, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ Hari Keenam

6 Ramadhan 1434H bersamaan 15 July 2013M (Monday)

                Hari ini aku bangun tepat jam 12.27 minit pagi dan hampir setiap hari aku bangun dalam lingkungan ini. Mak dan ayah aku tidak memarahi aku tetapi dengan syarat setiap pagi aku harus bangun untuk menunaikan solat subuh dan jika aku tidak menunaikan solat subuh maka selepas aku bangun, mereka akan memarahi aku lebih-lebih lagi mak aku akan “membebel” terhadap aku. Aku paling tidak menyukai apabila ada orang yang “memekak” dan memarahi aku kerana aku tidak suka menerima tekanan. Apabila aku dimarahi, aku akan cepat bertindak balas seperti melawan semula atau meninggalkan mereka dan dalam pada masa yang sama aku akan menumbuk  atau menyepak mana-mana sudut yang boleh melepaskan geram untuk seketika.

                Makanan kegemaran aku adalah “Mee” Bandung Muar, dan “sate”. Apabila makanan ini dihidangkan ke aku, maka aku tidak akan menoleh ke kanan dan ke kiri tetapi aku akan terus “membedal” makanan itu. Makanan yang aku tidak gemari adalah ikan pari dan daging kambing. Ini tidak kiralah masakan jenis apa, aku tidak akan menyentuhnya kerana aku tidak mengetahui kenapa aku kalah dengan makanan tersebut. Mungkin ikan pari terlalu hanyir dan daging kambing sangat busuk seperti bau kambing barangkali. Hehehehe.. Pernah sebelum ini pada bulan puasa aku beranggapan bahawa daging yang ingin aku makan itu daging lembu tetapi setelah terdengar orang bercerita bahawa daging tersebut adalah daging kambing maka aku terus membuangnya tanpa menghiraukan orang lain sebaliknya aku mengambil lauk lain untuk dimakan ketika berbuka puasa. Hehehehe..

                Ketika aku sedang solat tarawih di masjid, aku bersebelahan dengan seorang budak dalam satu saf dan budak tersebut sangat melucukan aku sehingga aku mahu ketawa dalam solat. Kejadian ini berlaku ketika tahyat akhir ketika menunggu imam untuk memberi salam dan pada masa yang sama budak lelaki ini telah melihat jam yang dipakai oleh aku yang berwarna merah dan secara tidak langsung baju aku mempunyai warna yang sama dengan jam yang dipakai maka budak lelaki tersebut melihat jam aku secara dekat. Semakin lama semakin dekat kepala budak lelaki itu dengan tangan kiri aku yang kebetulan aku memakai jam disebelah kiri kerana lebih selesa berbanding memakai jam di sebelah kanan. Aku sangat tidak mengerti reaksi budak lelaki tersebut yang sangat melucukan aku kerana jam yang dipakai aku juga seperti “keanak-anakkan” tetapi bukan melambangkan kartun tetapi jam tersebut hanya jam biasa.


                Dialog aku ketika itu didalam hati : “budak ni dah kenaper agaknya? Aku lempang kang mcm x penah tengok jam plax ko ek.. haha” “nak ker? Aku boleh bagi dik” hahahaha..

Jam tersebut berjenama “ICE” dan tidak mahal untuk anda memilikinya. Hehehehe..


                Pada hari ini juga aku sangat sibuk selepas waktu berbuka puasa disebabkan aku menolong mak cik aku untuk membawa air ke masjid. Mak cik dan pak cik aku membawa roti jala yang ditempah daripada orang dan aku telah disuruh untuk mengambil roti jala tersebut dan membawanya ke masjid dan air telah dibawa oleh pak cik aku sendiri. Setiap tahun memang akan seperti ini kerana anak mereka berada di Kuala Lumpur dan hanya aku sahaja yang boleh menolong mereka tatkala aku saudara paling rapat dengan mereka. Aku tidak kisah akan semua itu kerana menolong orang akan mendapat ganjaran pahala lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan pahala berlipat kali ganda dan jika bukan saudara sendiri siapa lagi yang ingin diminta untuk menolong mak cik dan pak cik aku itu.

Inilah Roti Jala tersebut…


                Sekian sahaja untuk hari ini semoga anda semua berpuas hati untuk diari aku pada hari ini. Hari ini aku tidak menyentuh sesuatu isu kerana tidak sempat untuk mengupas dengan lebih lanjut kerana sibuk dengan aktiviti harian. Semoga bertemu lagi kita keesokan harinya pastinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013. Salam…..

Sekian.. PEACE NO WAR !!! …


No comments:

Post a Comment