Fans of Johor Football



Tuesday, July 16, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ Hari Ketujuh

7 Ramadhan 1434H bersamaan 16 July 2013M (Tuesday)

                Secara ironinya sudah seminggu umat Islam menjalani ibadat puasa di dalam bulan sunyi ini. Alhamdulillah semoga untuk 3 minggu akan datang anda semua haruslah berpuasa penuh termasuklah aku sebagai Umat Islam yang sudah baligh. Untuk ruangan diari pada hari ketujuh Ramadhan ini aku ingin kongsikan pandangan tentang hukum MEROKOK pada bulan Ramadhan di siang hari dan implikasi merokok kepada orang sekeliling. {“amboi aku dah macam nak buat karangan SPM plak ek hahahaha”}.

                Perbuatan menghisap rokok pada bulan Ramadhan di siang hari boleh mengundang terbatalnya puasa seseorang itu kerana ianya telah difatwakan oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan hukumnya adalah haram. Hal ini kerana kandungan pada sebatang rokok tersebut mengandungi bahan radioaktif iaitu kimia yang sangat berbahaya, tar (penyebab kanser), nikotin (najis dadah seperti heroin,amfetamin dan kokain yang boleh menyebabkan perokok gian) dan karbon monoksida (menjejaskan bekalan oksigen pada badan) kepada manusia. Mengikut kajian barat pada tahun 1964 di Amerika dalam Fakulti Kedoktoran menyatakan merokok memudaratkan kesihatan dan merupakan penyebab pelbagai penyakit membunuh. Hukum Fatwa Kebangsaan itu diperkukuhkan lagi dengan Riwayat Malik, 1/112 Ad-dar Qutni, 4/228 Al-Hakim 2/66 iaitu “tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat”. Hal ini bermaksud selain daripada sudut kesihatan individu itu sendiri, merokok menyebabkan orang yang disekitarnya turut merasai bau asap tersebut yang sangat busuk dan kurang selesa kepada mereka yang tidak merokok dan hal ini memungkinkan Fatwa mengeluarkan dakwaan selepas bermesyuarat bahawa merokok boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan. Fatwa yang paling tepat menggambarkan aktiviti merokok membolehkan terbatalnya puasa seseorang tersebut adalah kerana partikel asap rokok yang memasuki rongga-rongga yang terbuka seperti melepasi tekak dengan sengaja itu sudah dikira membatalkan puasa.


                Kepada perokok diluar sana hendaklah kamu tidak menghisap rokok di siang hari dalam bulan Ramadhan kerana telah difatwakan merokok adalah HARAM dan boleh membatalkan puasa anda. 


                Bercerita mengenai perokok dan gejala merokok, aku sangat tidak berpuas hati apabila ada segelintir pengunjung masjid yang menghisap rokok di dalam masjid mahupun di perkarangan masjid kerana ianya sangat tidak menghormati Masjid sebagai tempat ibadat. Orang yang berada di masjid sudah tentunya orang Islam tetapi tidak mengetahui hukum menghisap rokok di dalam kawasan masjid. Hukumnya adalah MAKRUH !!! menurut Madzhab Syafi’I dan Hanbali manakala menurut Madzhab Hanafi dan Maliki hukumnya dalah HARAM !!!. Di Malaysia kita adalah mengikut Madzhab Syafi’i. Aku sudah terbiasa acapkali semasa perantaraan masa antara selepas solat isyak dan semasa menunggu waktu untuk menunaikan solat tarawih di bulan Ramadhan. Hal ini bukan sahaja disebabkan aku tidak menyukai bau rokok akan tetapi ianya sudah termaktub iaitu dihukumkan Makruh merokok ketika didalam masjid.

                Apabila seseorang itu merokok ianya akan meninggalkan bau yang sangat pekat dan likat di dalam mulut seperti bau aroma yang kurang menyenangkan. Hal ini tidak dirasai oleh orang yang merokok tetapi orang yang disekeliling beliau yang tidak merokok. Di dalam solat jika bersebelahan dengan kawan yang merokok akan membuatkan rakan yang tidak merokok berasa kurang selesa dan kadang kala penyebab kawan di sebelah meninggalkan tempat tersebut. Hal ini akan berlarutan jika tiada yang menegur si perokok tersebut ketika merokok di dalam masjid. Tinjauan aku apabila melihat di perkarangan masjid di tempat aku, sangat banyak punting rokok yang bersepah di bawah kaki lima sehingga hampir setiap hari bertambah dari segi bilangannya. Hal ini sangat membimbangkan aku sekiranya perokok mengekalkan tabiat mereka dengan berbuat demikian pada setiap kali berkunjung ke masjid. Di masjid tidak seperti di café dimana mempunyai ramai staf untuk membersihkan café tersebut tetapi di masjid hanya mempunyai “Noja” yang membersihkan masjid yang dapat dilihat pada “whiteboard” atau papan kenyataan masjid Noja mempunyai gaji berharga hanya RM30 sebulan maka tiada siapa yang mahu membersihkan kawasan masjid. Jikalau ada, hanya dibersihkan seminggu sekali di samping dengan aktiviti bergotong-royong.

                Itulah serba sedikit yang ingin aku kongsikan dari sudut hati aku sebagai seorang yang prihatin terhadap manusia yang tertindas oleh perbuatan yang tidak peka dan yang kurang arif lagi bijaksana oleh si perokok di tempat aku. Hal ini mungkin dapat ditangani dengan teguran orang yang berada di masjid ataupun aku sendiri.. hehehehe…. Paparan untuk hari ketujuh ramadhan ini aku titipkan dengan sekilas parody budak yang baru sahaja “bercouple” selama seminggu dan hangat bercinta yang telah mencetuskan fenomena #7HARI di “YouTube” yang telah mencatatkan hampir 12K pengunjung di laman itu dalam hanya seminggu sahaja. Hal ini mungkin bersesuaian dengan Diari aku yang masuk hari KETUJUH Ramadhan barangkali. Hehehehe… 




                Sekian untuk hari ini semoga yang baik itu datang dari Allah dan yang tidak baik itu datang daripada aku sendiri yang tidak sempurna. Sesiapun tidak sempurna di muka bumi ini melainkan Nabi Muhammad SAW. Semoga bertemu lagi keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013. Salam… “bye”.
Sekian, PEACE NO WAR  !!! …

No comments:

Post a Comment