28 Ramadhan 1434H bersamaan 6
August 2013M (Tuesday)
Alhamdulillah
pada hari ini telah memasuki hari yang ke 28 Ramadan dan bermakna sudah 28 hari
kita semua berpuasa iaitu hampir sebulan. Jika mengikut kiraan dalam Islam,
malam ini merupakan malam yang ke 29 Ramadan dan merupakan malam terakhir umat
Islam mengerjakan ibadat solat sunat tarawih. Aku merasakan masa bergerak
begitu pantas sehinggakan tidak sedar ianya berlalu dan pergi pada setiap
tahun. Jika pada malam esok anak bulan telah kelihatan maka dengan ini bermakna
pada malam esok akan bermulanya orang ramai mengalunkan Takbir Raya
beramai-ramai di masjid dan surau di seluruh negara dan untuk itu satu
pengumuman penting tarikh hari raya puasa akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja di kaca televisyen dan radio. Pada tahun sebelum ini tokoh
seperti Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah telah memegang
jawatan tersebut iaitu selama 22 tahun sejak tahun 1989 dan berakhir tahun 2001
namun jawatan tersebut telah digantikan oleh Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed
Ahmad pada tahun itu. Jika anda semua tidak mengenali Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja yang baru maka aku mengesyorkan anda mencarinya di GOOGLE.
Ini adalah pengumuman
tarikh 1 Ramadhan 1434H pada tahun 2013M
Pada
hari ini bermulalah aktiviti untuk mengemas rumah bersama adik beradik aku yang
lain. Mereka membuat kerja-kerja di dalam rumah dan bagi aku pula ditugaskan
untuk menyapu sampah di luar rumah namun pada hari ini aku tidak sempat
menghabiskan kerja tersebut kerana cuaca terlalu panas dan berbahang. Seawal
jam 8 pagi aku sudah berada di luar rumah untuk membersihkan halaman rumah yang
dipenuhi rumput yang telah dipotong menggunakan mesin rumput pada hari semalam
namun setelah jarum jam menunjukkan angka 10, cuaca terlalu panas dan aku telah
berlari masuk ke rumah kerana sudah tidak tahan setelah berada di bawah pancaran
matahari yang sungguh terik. Pada waktu itu, aku tidak berasa dahaga kerana
pada waktu sahur aku telah meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak dan
jika bukan kerana cuaca yang sungguh terik sudah lama aku meneruskan
kerja-kerja menyapu sampah sehingga siap sepenuhnya. Aku dapat merasakan di
akhir Ramadan ini cuaca begitu panas kerana hujan sudah lama tidak turun dan
untuk itu aku tidak mahu mengambil risiko jika bekerja di bawah cuaca yang
terik kerana ditakuti akan terkena demam dan pitam.
Antara menu yang disajikan ketika
berbuka puasa adalah seperti berikut:
“Sambal Udang Bonda +
petai”
“Jantung pisang +
kuah asam”
“Ikan Caru”
“Tauhu Goreng”
“Daging masak kuah
Lemak Cili Padi”
“Pencuci Mulut”
Alhamdulillah
apabila berbuka beramai-ramai pastinya kelainan tercipta dan daripada tidak
berselera maka akan sangat berselera ketika menikmati juadah. Hal ini mungkin
akan tidak dapat dirasai oleh sesetengah insan namun bagi aku ianya sebagai
satu kenikmatan untuk berbuka puasa apabila orang yang kita sayangi dan darah
daging kita sendiri berkumpul beramai-ramai pastinya membuatkan aku bersyukur
kepada Ilahi di atas kurniaan yang diberikan semoga ianya akan sentiasa begitu.
Amin.
Sekian
sahaja untuk ruangan pada hari ini semoga kita berjumpa lagi di keesokan
harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 pastinya GOOGLE selaku
penaja utama iaitu enjin pencarian terbaik anda. Pada hari esok semakin ramai
saudara mara aku akan pulang kerumah disebabkan adik beradik di sebelah mak aku
ingin berkumpul di rumah aku untuk membuat kenduri arwah dan hari raya. Selamat
berpuasa dan selamat bersahur !
Salam.. PEACE NO WAR
!!!...