Fans of Johor Football



Thursday, July 18, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari Kesembilan

9 Ramadhan 1434H bersamaan 18 July 2013M (Thursday)

                Seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh Negara mendapat imbuhan insentif duit raya berjumlah RM32.3 juta iaitu antara RM150 sehingga RM300 seorang yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak. Dalam majlis itu Datuk Najib mengulas bahawa setiap peneroka yang bersama dengan Felda akan diberi sebanyak RM300 seorang manakala yang tidak bersama Felda akan diberi sebanyak RM150. Untuk pengetahuan semua insentif pembayaran ini telah diperkenalkan setiap tahun sejak 2003.

                Sangat beruntung dan sungguh bertuah kepada orang Felda kerana mendapat imbuhan atau insentif daripada kerajaan hampir setiap tahun dan aku tidak dapat menafikan ianya adalah daripada penat lelah generasi Felda terdahulu iaitu harta orang-orang Felda yang telah bertungkus lumus semenjak 30 hingga 40 tahun dahulu dan hasilnya Felda menjadi semakin kukuh sehinggakan Felda disenaraikan didalam bursa Malaysia melalui Felda Global Venture (FGV) untuk pertama kalinya. Ramai yang beranggapan bahawa orang yang selalu mendapat insentif daripada kerajaan adalah orang-orang Felda dan ada yang berasa iri hati termasuklah aku sendiri. Hahahaha..Hal ini kerana hampir di setiap kawasan peneroka Felda mereka mempunyai rumah besar seperti banglo akan tetapi apakan daya ianya hasil daripada peneroka Felda sendiri dan mereka berhak untuk menikmati kemewahan atas berkat hasil mereka sendiri.

                Bercakap mengenai orang Felda bahawasanya ayah aku pernah ditawarkan untuk menjadi salah seorang peneroka di Felda Bukit Tongkat, Kluang Johor akan tetapi disebabkan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan pada tahun itu rezeki untuk ke sana tidak dapat dan jika tidak, mungkin aku akan menjadi salah seorang anak peneroka Felda generasi kedua. Kata orang terdahulu “rezeki ada dimana-mana” dan itu telah terbukti setelah ayah aku mengambil keputusan untuk terus menetap di Muar dan melepaskan tawaran tersebut dan hasilnya rezeki telah datang dengan ayahku ditawarkan menjadi peserta FELCRA Tebing Tinggi Segamat Johor. Dengan menyertai FELCRA hampir setiap tahun dibayar keuntungan bersih dari projek atau dividen iaitu berdasarkan keluasan tanah milik masing-masing, kualiti ladang dan harga pasaran komoditi semasa. Alhamdulillah setiap kali permulaan tahun dan akhir tahun dan juga setiap kali menjelang Hari Raya maka pembayaran keuntungan bersih akan diagihkan kepada peserta FELCRA namun ianya bergantung kepada FELCRA di setiap kawasan.

                Bercakap mengenai FELCRA, ura-ura ada menyatakan bahawa FELCRA akan mengikut jejak langkah seperti Felda yang akan turut sama menyenaraikan FELCRA di Bursa Malaysia pada tahun hadapan iaitu tahun 2014. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi FELCRA Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang berhasrat untuk menyusun semula anak syarikat sebagai langkah awal untuk mewujudkan FELCRA Holdings iaitu sebuah entiti sederhana yang memberi keuntungan hampir RM50juta setahun sebelum ianya boleh disenaraikan sebagai syarat ke bursa Malaysia. Jika hal ini berlaku maka seluruh peserta FELCRA di Malaysia akan menerima durian runtuh seperti Felda yang telah kehadapan dalam memacu ekonomi global. Alhamdulillah mudah-mudahan amin.

                Pada hari ini aku telah berbuka dengan mak sahaja akan tetapi lauk kegemaran aku telah dimasak oleh mak pada hari ini iaitu ayam masak asam. Ramai yang keliru dengan ayam masak asam pedas dengan ayam masak asam. Justeru itu aku ingin memperlihat masakan kegemaran aku di rumah iaitu ayam masak asam.


Mangkuk yang sebelah kiri itu…


                Jika dimasak asam pedas kuah masakan tersebut akan berwarna oren atau merah mengikut masakan masing-masing tetapi masakan masak asam kuah akan berwarna kekuningan. Selain itu ada lagi masakan yang dimasak oleh mak iaitu:

Sayur Campur ala-ala “yam taufu”


Sambal Tumis (pedas)


Sup Daging…



Air Sirap Bandung + dicampur dengan Ais Kream Soda


Dan menu yang diberi oleh jiran hadapan rumah iaitu menu yang popular bagi orang Sarawak iaitu BUBUR PEDAS.


                Itulah yang dihidangkan oleh mak semasa juadah berbuka puasa pada hari ini. Aku sangat gembira kerana apabila mak memasak lauk lebih seperti gambar ayam goreng diatas akulah orang yang akan meratah dan menghabiskan lauk tersebut seorang diri pada tengah-tengah malam. Hehehehe… Sekian sahaja untuk hari ini semoga kita berjumpa lagi di keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 dan tentunya menerusi blog ini yang ditaja oleh GOOGLE. Salam..


Sekian.. PEACE NO WAR !!! …





No comments:

Post a Comment