Fans of Johor Football



Wednesday, July 10, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ Hari Pertama

1 Ramadhan 1434H bersamaan 10 July 2013M (Wednesday)

Maaf jika ayat sangat skema hehehe.. sebab mahu mengekalkan nahu bahasa Melayu.. huhu

            Hari ini aku bangun pukul 4 pagi untuk bersahur dan akan tetapi akulah orang kedua menghadap dapur selepas ayah. Ayah bangun seawal jam 4 juga dan menanak nasi untuk kami bersahur. Emak terlambat bangun jadi ayah yang memasak nasi. Tetapi nasi yang dimasak oleh ayah lembik sangat macam nak jadik bubur. Hahaha geli hati sungguh  bila makan. Selepas habis makan aku pun mencucilah pinggan sebab anak dara tak ada kat umah ni jadi akulah yang membasuh pinggan. Kalaulah ada akak yang balik rumah mesti mereka yang akan menggalas tanggungjawab tersebut.


            Dengan kedatangan 1 Ramadhan terdetik untuk aku menulis tentang seorang rakan yang tarikh lahir beliau untuk tahun ini jatuh pada 1 Ramadhan. Sungguh bertuah kawanku itu yang bernama Norsuhaida binti Yusof . Inilah budaknya hehehe…


Pagi tadi terdetik untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada mak dan abah angkat aku iaitu di Perak, Johor dan Kelantan. Tetapi yang membalas mesej aku pada hari ini hanyalah mak angkat orang Perak lagi dua “parents” tidak membalas. Tidak mengapalah janji aku sebagai anak angkat mereka “wish” kepada mereka. Hehehe….

            Pagi ini juga aku tersentap dengan mesej yang dikirim oleh orang yang tersayang Fatin Nadhirah Binti Raub “my GF” yang bersahur hanya meminum air milo dan memakan biskut sahaja. Dia sekarang berada di UUM untuk mengambil intersesi disebabkan ada satu kertas yang dia terpaksa ambil lagi sekali untuk mengukuhkan gred. Rasa sangat kasihan bila mengenangkan nasib beliau yang berjauhan dengan ibu bapa tatkala semua pelajar UUM sedang berada dirumah untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
            Sepanjang puasa hari ini aku tak rasa lapar pun akan tetapi selepas jam 4 petang barulah aku terasa perutku berbunyi seakan-akan seperti isyarat kelaparan. Hahaha Ini adalah disebabkan mak mengajak aku dan ayah pergi BAZAR RAMADHAN di Pasar Tani Bukit Gambir Muar Johor. Daripada tinjaun aku hari ini begitu ramai pengunjung Bazar sehinggakan seawal jam 4 petang tempat parkir kereta sudah tidak kelihatan disebabkan terlalu ramai pengunjung membanjiri Pasar Tani itu.


Antara coret-coret kedatangan aku ke pasar tani hari ini aku tidak melepaskan keemasan untuk membeli 2 jenis makanan yang telah menarik perhatian iaitu MURTABAK yang mempunyai 4 kategori bermula dengan harga RM2.50 sehinggalah RM10 iaitu murtabak biasa, Murtabak special, Super Special Combo dan Jumbo.
Ini adalah contoh Super Special Combo yang berharga RM8. Hehehe………….


 Dan ini dia Udang Galah. Antaranya masak Lemak Cili Api, dan Goreng Kunyit. “walouwehh” sangat sedap dan ianya berharga RM12 setiap satu (Goreng kunyit) manakala jika membeli 3ekor udang (masak lemak cili api ) ianya berharga RM20 sahaja. Hehehe “nyum nyum nyum”…..
Demikianlah untuk hari ini semoga bertemu lagi keesokan harinya dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ musim yang keempat hanya di bulan Ramadhan ini. Salam.... =)

No comments:

Post a Comment