Fans of Johor Football



Thursday, July 11, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ Hari Kedua

2 Ramadhan 1434H bersamaan 11 July 2013M (Thursday)

                Tidur selepas solat subuh di bulan puasa adalah perlu bagiku kerana ianya salah satu ramuan yang paling mujarab untuk makanan tersebut dihadam selepas makan. Bayangkan jika selepas sahur kita membuat aktiviti seperti “berjogging” proses untuk makanan diserap dan dicerna dalam perut adalah lambat berbanding  sebaliknya. INI ADALAH AUTA !!! Hahahahaha… mesti kamu semua sudah percaya bulat-bulat bukan? Mahu dijadikan bahan cerita sahaja. Bukan apa, sengaja berbuat demikian disebabkan selepas Subuh aku mesti melelapkan mata untuk seketika jika tidak ianya akan mendatangkan rasa pening terhadap kepala disebabkan pada waktu malam aku sentiasa tidur lewat iaitu dalam pukul 1 paling lewat dibulan puasa akan tetapi di bulan puasa sahaja bukan dibulan Syawal, bulan Rejab, Oktober, November mahupun Disember, kalau bulan ini in sha Allah tak tidur pun tidak mengapa hahaha... Kata orang jika kita tidak mendapat tidur yang cukup maka ianya akan menyebakan kita letih tetapi aku pula sudah terlebih-lebih tidur sampai ke jam 12.30 tengah hari. Sangat keterlaluan bukan? Tidak mengapalah janji rumah sentiasa bersih dan kemas selepas aku bangun tidur.

                Ini aku tidak berpuas hati dengan masakan seseorang yang sangat pelik dalam penyediaan juadah. Aku sangat tidak memahami kenapalah semasa memasak rencah  tidak digaulkan terlebih dahulu semasa menumis? Sebaliknya dimasukkan terlebih dahulu ayam selepas itu barulah dicampurkan dengan rencah sekaligus untuk ditumis. Kalau tidak makanan akan cepat basi disebabkan tidak garing perencah tersebut. Aku ini tidaklah begitu arif dalam bab memasak tetapi “basic” atau asas dalam penyediaan sesebuah juadah itu agak sedikit tahu juga. Ewah semenjak menonton MasterChef Selebriti Musim kedua, terbias pula dengan komentar hahaha.. tapi itulah fakta sebenar bagi menggambarkan Selebriti Undangan dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan di TV1 pada hari ini. “Sis” Shiela masak memang “power”.. hahaha

                Hari ini terselak surat khabar digital Berita Harian yang bertajuk “Aidiilfitri: Tiket KTM habis, tiket bas masih ada”. Situasi ini biasa berlaku di musim perayaan disebabkan orang ramai mahu pulang ke kampung halaman lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Aku sangat bernasib baik kerana hamper 2 tahun aku belajar di UUM cuti semester berlaku pada akhir bulan 6 sehingga awal bulan 9 maka aku boleh menikmati cuti hari raya dan berpuasa di rumah. Setakat ini rekod aku tidak pernah berpuasa dan beraya di perantauan. Hehehe… Jadi dengan kehabisan tiket KTM dan peningkatan harga tiket bas 10% aku tidak terkena tempiasnya.

                Mengenai UPU hangat diperkatakan pada hari ini. Apakah yang dimaksudkan dengan UPU? UPU ini adalah laman untuk status kemasukan ke IPTA (UPU), Malaysia. Sebelum terlambat tahniah kepada mereka yang berjaya memasuki IPTA iaitu seramai 41,573 daripada 68,702 permohonan calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014 dan untuk itu aku mahu menganalisa sedikit meneganai bilangan yang dipilih untuk sesi ini iaitu seramai 28,280 calon wanita berjaya mendapat tempat di IPTA dan selebihnya iaitu 13293 adalah calon lelaki. Jadi kepada pelajar yang baru memasuki alam Universiti belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai gred “first class” atau kelas pertama kerana jika setiap semester anda mendapat gred tersebut maka anda akan terlepas daripada membayar PTPTN (jika pelajar menggunakan PTPTN).

                Dan tidak lupa bagi mereka yang mahu menyemak keputusan permohonan ke IPTA, boleh dibuat melalui laman web di bawah ini :
                Bermula hari ini, atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766

                Atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Sekian sahaja untuk ruangan pada hari ini, semoga bertemu semula untuk keesokan hari dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ… Untuk mengakhiri “entry” hari ini ada sedikit pantun yang direka khas untuk pembaca setia blog aku…..

Mahu bernikah jumpalah Kadi
Lebih elok diwaktu siang
Terima kasih daun keladi
Kerana anda sudi bertandang

Salam… PEACE NO WAR !!! … 

No comments:

Post a Comment