Fans of Johor Football



Sunday, July 14, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ Hari Kelima

5 Ramadhan 1434H bersamaan 14 July 2013M (Sunday)

                Adakah wanita bertudung untuk menutup aurat atau pun sekadar untuk populariti atau pun melariskan jenama tudung atau lebih tepat lagi untuk menggayakan koleksi fesyen terbaharu pada zaman ini? Dalam diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ pada hari kelima ini aku ingin berkongsi pendapat tentang isu wanita bertudung yang dianggap sebagai “trend” kepada wanita-wanita diluar sana. Bagi mengupas lebih lanjut, ingin aku “flashback” semula iaitu pada zaman bermulanya wanita bertudung di Malaysia. Seingat aku ianya bermula ketika filem “Lagi-lagi Senario” pada awal 90-an iaitu Wardina Safiyyah memakai tudung sewaktu pengambaran filem tersebut yang sebelum ini beliau tidak memakai tudung sewaktu drama “Spanar Jaya” di “ntv7”. Selepas filem tersebut muncul pula artis bertudung pada zaman Waheeda “Wassini” yang sememangnya sudah berhijab ketika di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang popular dengan lagunya Wassini yang telah menang AJL bagi kategori Etnik Kreatif.

                Selepas itu lahirlah artis-artis bertudung seperti "host" Ketuk-ketuk Ramadan iaitu Sheila Rusly, terkenal dengan lagu Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu iaitu Ramlah Ram, Biduanita negara iaitu Datuk Sharifah Aini, pelakon yang berkulit gebu dan cek mek dari scotlands iaitu Catrina Bahrin Ross, calon PAS dalam Parlimen Jempol iaitu Aishah (janji manismu), DJ radio Sinar FM muzik retro terbaik iaitu Abby Fana, Ratu Etnik terbaik iaitu Noraniza Idris, Penyanyi balada 80-an iaitu Siti Fairuz, pelawak terkenal iaitu Norkhiriah dan juga Enot, dan ramai lagi. Yang terbaharu seperti pelakon seksi dahulu seperti Wilma dan Diana Amir serta penyanyi no 1 di Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan yang sudah sememangnya memakai tudung iaitu terukir di bintang luar negara iaitu Yuna, Anna Raffali jangan tinggalkan aku, Najwa Latif kosong-kosong dan Ainan Tasnem. Ini adalah satu tindakan yang sangat positif untuk artis-artis mahupun wanita di luar sana untuk mengikut jejak langkah mereka yang sudah semestinya “trend” yang sangat baik untuk diikuti oleh anda semua. Alhamdulillah. Satu sahaja harapan aku supaya nawaitu memakai tudung bukanlah kerana untuk populariti dan menjual koleksi tudung yang sekarang ini terkenal dengan tudung jenama “Fareeda” tetapi nawaitu bertudung adalah kerana Allah S.W.T. Perlu diingat apabila kita memakai tudung haruslah dengan memakai pakaian yang bersesuaian dengan jenis baju supaya tidak menampakkan susuk tubuh apabila di khalayak ramai. Aku memuji wanita seperti Wardina Safiyyah dan Waheeda dari segi penampilan mereka.



Wardina Safiyyah


Waheeda "Wassini"

                Hari ini aku menghantar kakakku Fuziah pulang ke Melaka kerana suami beliau tidak dapat menjemput atas alasan urusan kerja dan adikku Maisarah juga turut dihantar pulang ke asrama yang berhampiran dengan rumah kira-kira 8km. Daripada rumah, aku mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke rumah kakakku di Jasin Melaka akan tetapi apabila pulang ke rumah aku hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Ini bukan kerana mengikut jalan “shortcut” tetapi kelajuan dari segi pemanduan. hehehehe… Sebelum pulang kerumah aku meninjau bazar Ramadhan untuk hari yang kedua berturut-turut. Sebenarnya tiada apa yang mahu dibeli tetapi apabila sudah melalui jalan tersebut maka aku singgahlah sebentar untuk melihat keadaan disana. Alangkah terkejutnya aku pada jam 5.30 petang begitu ramai orang membeli juadah untuk berbuka puasa yang aku dapat gambarkan waktu ketika itu seolah-olah seperti orang mahu melontar jamrah. Begitu ramai orang berpusu-pusu dan ada yang bergegas pulang ke rumah. Aku tidak pernah pergi ke bazar Ramadhan pada jam tersebut justeru itu aku sangat terkejut dengan sambutan orang ramai disana. Biasanya aku pergi ke bazar Ramadhan pada jam 3 petang.

                Perkara yang menghairankan aku adalah fenomena ramai orang yang menyarung jersi Johor Darul Takzim (JDT) ketika aku dalam perjalanan pulang ke rumah seperti di bazar, tempat letak kereta dan di tepi jalanraya serta di lampu isyarat. Baju tersebut sangat popular selepas kebangkitan JDT di pentas arena bola sepak Liga Super Malaysia yang telah mendapat sokongan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim. Kebangkitan bola sepak selatan tanah air sudah bermula selepas tertubuhnya JDT dan dengan itu “fan” JDT semakin ramai di stadium ketika perlawanan yang melibatkan JDT. Terima kasih kepada Boys of Straits (BOS) dan Ultras Malaya kerana membantu JDT daripada sokongan yang tidak berbelah bahagi anda.  Untuk maklumat anda, aku adalah peminat setia JDT. Hehehehe… JDT yang juga digelar “harimau selatan” dan mempunyai “tagline” Luaskan Kuasamu yang sebelum ini Johor FC tetapi setelah penjenamaan semula hasil sokongan TMJ maka wujudlah nama baru iaitu JDT. Tahniah diatas usaha JDT di pentas Liga Super yang telah mempamerkan aksi yang cemerlang setelah tertubuhnya pada awal musim ini dan akhirnya dinobatkan tempat ketiga Liga Super dan Naib Juara Piala FA 2013. Selepas ini JDT akan beraksi di Piala Malaysia, aku doakan agar JDT berjaya merangkul trofi setelah kempunan 2 kali dan tidak mengambil mudah cabaran menentang pihak lawan. Syabas JDT !!! Luaskan Kuasamu….Sesah Johor Sesah.. Hehehehe….


                Terima kasih diucapkan kepada seluruh pembaca setia aku di dalam blog ini kerana anda menjadi pelawat di dalam “page” yang tidaklah dikatakan begitu cemerlang daripada segi pembikinannya. Alhamdulillah daripada hari ke hari “rating” atau statistik “overview” di “page” ini semakin meningkat. Semoga anda terhibur dengan celoteh aku di ruangan blog ini hampir setiap hari di bulan Ramadhan. Aku berharap agar anda semua mendapat keselesaan dalam berpuasa di bulan Ramadhan bulan yang penuh nikmat untuk menambahkan pahala dan mengurangkan dosa.

                Selamat Berpuasa dan bersahur kepada semua. Jumpa aku diwaktu dan masa yang sama hanya di bulan Ramadhan dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 pada setiap hari. Jom temani saya… hehehehe…. Assalammualaikum…
Sekian, PEACE NO WAR !!! …



No comments:

Post a Comment