Fans of Johor Football



Saturday, July 20, 2013

Diari Ramadhan Hafizam Arejeep JLQ 2013 Hari Kesebelas

11 Ramadhan 1434H bersamaan 20 July 2013M (Saturday)

                Hari ini sudah masuk hari yang kesebelas umat Islam berpuasa dan sudah 1/3 puasa pada bulan Ramadhan ini. Aku berasa hari yang aku lalui dalam bulan ini masanya berdetik dan berlalu dengan sangat pantas. Aku merasakan bulan Ramadhan baru sahaja melabuhkan tirainya bulan lepas akan tetapi sudah berganti dan berlalu selama setahun. Mungkin ada yang sama seperti aku dan ada yang merasakan masa berlalu dengan perlahan tetapi rata-rata “status” di laman sosial “Facebook” dan “Twitter” menyatakan hal yang sama seperti aku iaitu Ramadhan kembali dan pergi terlalu cepat. Justeru itu kita digalakkan untuk melakukan ibadat dan amal kebaikan dalam bulan Ramadhan bagi mendapatkan pahala sebanyak yang mungkin.


                Semasa aku mengarang untuk dimuat naik didalam blog ini, aku ditemani oleh anak saudaraku yang bernama Qaseh Najwa yang sangat comel dan mempunyai lesung pipit seperti bapanya. Hehehe.. Inilah budak comel tersebut.



                Bercakap mengenai budak comel, aku telah terjumpa budak yang sangat comel (bagi diriku) kerana budak tersebut membuatkan aku berasa ingin mendekatinya dan ingin berkawan dengan budak itu. Usianya telah mencecah 20 tahun bagi tahun ini setelah aku melihat di dalam intisari mengenai dirinya di dalam “Facebook (FB)” budak tersebut. Aku sangat selesa berkawan dengan budak tersebut menerusi “chatting room” di FB dan budak tersebut mempunyai gaya atau “style” penampilan yang aku gemari. Hal ini bukan bermaksud aku telah jatuh cinta kepada budak comel tersebut akan tetapi aku sangat menyukai muka dia yang sangat comel. Kepada “my beloved”, aku masih sayangkan anda dan anda tidak perlu cemburu dalam hal ini. Hehehehe…

                Pada hari ini mak cik aku yang berada di Puchong Selangor pulang bersama suami dan 2 orang anaknya untuk berbuka puasa bersama-sama di rumah aku. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berbuka beramai-ramai selain merapatkan silaturrahim antara keluarga serta ianya juga dapat menghilangkan rasa sunyi. Selain mak cik aku, kesemua adik beradik aku pulang kecuali yang sulung iaitu yang menetap di Selayang Selangor beserta isteri dan anaknya. Akan tetapi kakak yang nombor 2 dan 3 iaitu kak ngah dan kak uda pulang selepas waktu berbuka iaitu kira-kira jam 9.30 malam. Aku mempunyai 8 orang adik beradik iaitu 2 lelaki dan selebihnya perempuan dan mempunyai seorang abang, 5 orang kakak dan seorang adik perempuan yang berumur 13 tahun.

                Pada sebelah malam pula semasa aku sedang solat Isyak aku berasa amat tidak berpuas hati kepada seorang kariah masjid yang berada dihadapan aku kerana tidak mahu beranjak ke hadapan sedikit ketika aku sujud menunaikan solat isyak yang selebihnya selepas aku lewat untuk bersama-sama imam pada rakaat yang pertama justeru itu aku wajib menggantikan rakaat yang tertinggal bersama imam tadi. Kariah tersebut adalah orang luar yang pulang untuk berbuka puasa bersama ayahbonda di rumah dan aku tidak mengenalinya dengan terlalu rapat dan hanya mengetahui beliau adalah anak kepada seorang insan di tempat aku. Aku terpaksa beranjak kebelakang sedikit untuk sujud kerana aku mempunyai badan yang agak panjang dan agak kurang selesa ketika bersujud disebabkan beliau yang menghalang dihadapan sehingga kepala aku bergesel dengan punggung beliau setiap kali bersujud dan rukuk’. Aku ingin memberi sedikit contoh kepada “foreigner” di tempat aku belajar, aku pernah beberapa kali tergesel kepala aku kepada mereka akan tetapi apabila mereka tersedar akan kejadian tersebut maka mereka beranjak sedikit kehadapan bagi menghormati aku sedang solat dan ditempat aku juga seperti itu akan tetapi “beliau” yang aku maksudkan sebentar tadi tidak membuat tindak balas yang sama seperti yang lain-lain. Hal ini telah membuatkan aku berasa sangat tidak berpuas hati terhadap beliau.

                Untuk hari ini iaitu 11 Ramadhan adalah hari giliran untuk ibu bapaku membawa juadah untuk dihidangkan kepada kariah masjid. Menu yang dibawa oleh orang tua aku adalah:



                Alhamdulillah cuba anda lihat pada gambar bekas yang berisi mi goreng tersebut dan ianya telah habis setelah semua kariah menjamunya tadi dan kuih koci tersebut pula telah mendapat sambutan oleh kariah perempuan masjid kerana kuih tersebut diminati oleh mereka. Hehehe.. Selepas selesai dijamu maka aku membawa balik bekas yang kosong. Menu air yang sangat diminati oleh penduduk di tempat aku adalah air KOPI, TEH O’ dan SIRAP BANDUNG + AIR KRIM SODA. Ketiga-tiga jenis air ini habis diminum oleh para Jemaah. Maaf kerana gambar air terlupa untuk diambil gambar dan aku tidak dapat memuat naik di blog ini. Hehehehe…

Ini adalah gambar para kariah masjid…..



Menu untuk juadah berbuka pada petang tadi telah menarik minat untuk aku memuat naik pada hari ini iaitu “SPAGETHI


                Ini adalah contoh makanan spagethi yang dibuat oleh kakak aku Fuziah yang sangat meminati makanan barat dan spagethi ini jika disajikan dalam rasa yang pedas akan menyebabkan aroma dan keenakannya bertambah “power” dan sedap bagi yang menggemari makanan masakan pedas huhu…

                Sekian sahaja untuk ruangan pada hari kesebelas Ramadhan ini semoga paparan untuk hari esok akan membuatkan anda terasa ingin berada dalam situasi aku barangkali dan mungkin menginginkan masakan yang pernah aku sajikan di dalam blog ini atau informasi mengenai isu semasa hanya eksklusif aku bawakan untuk anda semua hanya di dalam DIARI RAMADHAN HAFIZAM AREJEEP JLQ 2013 yang pastinya penaja utama adalah GOOGLE.

Salam. PEACE NO WAR !!! …







No comments:

Post a Comment